Thursday, February 28, 2008

Tuesday, February 26, 2008

Bukalah Hati Nilailah Diri


Anda tidak sedungu itu...


Juga tidak semurah itu...

Saturday, February 23, 2008

Ain Shams Gath - Sebuah Projek Rasmi PERUBATAN

 




















  • Logo Universiti Ain Shams
  • Tugu yang menggantikan tugu kepala helang firaun
  • Dewan Mahlawy untuk tahun satu dan dua
  • Kawasan makmal-makmal
  • Dewan Banhawy untuk tahun tiga
  • Mabna Gadid atau bangunan baru, jabatan-jabatan dan makmal-makmal untuk tahun tiga dan dewan kuliah untuk klinikal
  • Che Pipah menghias dewan dengan belon walaupun Che Mamat mahukan sesuatu yang ringkas
  • Pengarah, Muhammad Sheikh Ibrahim tetap berucap walaupun mengatakan perutnya macam ada ulat kalau berucap
  • Senu terlalu kontrol sehingga gambar menjadi kabur
  • Mengintai Poknik dari balik pintu
  • Dr Zuhdi yang bakal bertugas memberi amanat
  • Adik-adik sasaran yang nampaknya bersemangat dan berminat
  • Sebenarnya, demi menjimatkan bateri flash terpaksa tidak dipakai yang menyebabkan gambar kabur
  • AJK PERUBATAN turut diundang
  • Sebagai co-chef, hanya mampu mengintai dari balik pintu
  • Kak Masyitah dan Pak Lah
Majlis yang meraikan pelajar-pelajar perubatan Ain Shams dan Al-Azhar. Meraikan pelajar-pelajar Kaherah selain Universiti Kaherah. Sasarannya berkenal-kenal antara yang tua dan muda dan berkenal-kenal dengan PERUBATAN...

Monday, February 18, 2008

Tugu-tugu Allah di Bahariyya IV


(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan

Tasek Ayer Masen



Aku tak faham kenapa kami diminta berhenti dan bergambar di sini.



Tapi aku ambil peluang bergambar dengan Pakcik Muhammad.
'Ya Nahar Abyadh!' (Alangkah bertuahnya hari ini!) Katanya. Dia suka hati sebab kami semua muslim sambil dia baca zikir panjang-panjang. Boleh jadi dia bosan tiap-tiap hari bawa orang kafir.



Seterusnya pergi ke tasik air masin. Budak-budak semua turun celup tangan mengecap rasa masin air. Aku tak turun, tiada selera sebab...



Waktu itu hujan lebat dan angin keras. Aku tak tahan sejuk. Tapi cantik pula riak air yang angin buat.



Ini kata Dzul:
Nature's Cappucino.



Di sini sekali lagi aku tak faham. Kenapa jip-jip semuanya berpusing-pusing di tempat yang sama? Rupa-rupanya aktiviti ini dipanggil 'crossing the sand dunes.'


Di gurun pun masih ada rokok Cleopatra.



Destinasi sterusnya...

Sunday, February 17, 2008

Bazar PERUBATAN 2008

 

Serentak dengan segala permainan luar pintu dan dalam pintu serta permainan sukaneka (sukan beraneka atau boleh juga sukanaka iaitu sukan anak-anak), turut diadakan ialah bazar PERUBATAN yang barangkali untuk pertama kali.



Ramainya orang. Budak medik memang berwang.



Tapi 80% aset dimiliki pelajar dirasat.



Turut diserikan dengan kehadiran Cik Puan Penasihat PERUBATAN yang sentiasa ceria dan Cik Puan Timbalan Pengerusi II PERUBATAN yang sentiasa mengawal keayuan.



Antara permainan dalam pintu yang diadakan ialah catur, dam aji, menang kalah atau lukis, PES dan kuiz al-Quran.
Manakala permainan luar pintu pula ialah futsal, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, ping pong dan boling.
Serta acara balpan pula ialah hampir semua jenis larian tidak termasuk lari dalam guni, lari ikat kaki berpasangan atau lari pakai terompah gergasi. Lontar peluru, lontar lembing, lempar cakera, lompat jauh, lompat tinggi atau lompat kijang tidak kelihatan.



 Gerai paling panas. Jualan sentiasa habis. Yang sedang disediakan pun sudah bertuan dan ditempah kelmarin. Saya pukul gambar sebelah sini sebab tak mahu termasuk gambar zaujah ustaz takut ustaz marah dan ustazah pun mukanya dah nampak macam tak senang.



Gerai Nasi Sahara dan Nasi Pilaf (alah watak dalam dragon ball tu).



Gerai biasa...



Bobby sebagai pengarah program dengan rambut baru mutakhir ini.



Bukti Suib turut bekerja.



Gerai Tuan Pengarah sendiri yang menjual hot dog hasta dan nasi ayam Hakka, disifatkan ramai sebagai kurang manis.



Gerai Bikon PERUBATAN. Aku terlepas membeli apple pie di sini.



Gerai paling panas terutamanya di kalangan akhawat. Dikerumuni akhawat tak kira tua atau muda. Siap ada yang tempah-tempah kerana melepas termasuklah Encik Puat. Yang kelihatan ialah perasa moccha dan pandan, cubaan yang gagal, ia hanya sedap dalam perasa asli. Adakah kerana akhawat memang minat cheese cake atau kerana taukenya jambu? 



Aku kurang faham kenapa lampu ini diletakkan. Supaya ayam nampak menarik atau memanaskan ayam?


Thursday, February 14, 2008

Memang seronok, pengantin baru~

Pada hari orang muda-muda meraikan cinta, yang belum pasti halal haramnya, biarlah aku raikan sebuah cinta halal. Penantian kanda yang penuh sabar akhirnya dibalas Allah. Mudah-mudahan kurniaanNya adalah yang terbaik. Yang nyata, giliran aku sudah tidak jauh lagi...



"Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan."



Memang seronok, pengantin baru~
Masuk ke bilik, kuncikan pintu~
Memang seronok, pengantin baru~
Masuk ke bilik, tutupkan lampu~
Oranglah lain, tak bolehlah tahu~
Dialah saja, hai bolehlah tahu~

Tuesday, February 12, 2008

Jelajah Jordan VII


Atas permintaan, saya segerakan penyempurnaan liputan Jelajah Jordan saya walaupun sudah genap berusia setahun. Boleh jadi ada orang mahu membanding gambar?

Kota dan Kubu Islami

Untuk pengetahuan kalian, Jordan ialah negara yang baru terbentuk. Sebelum itu, Jordan hanyalah sekadar laluan dan termasuk di dalam Palestin atau Syria. Jordan ialah laluan untuk orang-orang Syam mengerjakan haji terutamanya atau laluan perdagangan antara Syam, Hijaz dan Mesir.

Maka sepanjang laluan itu, banyaklah dibina kota-kota atau kubu-kubu (terutamanya pada zaman Islam) dengan fungsi tersendiri seperti sebagai tempat rehat jemaah haji, pentadbiran, perdagangan atau pertahanan.





Adapun, dalam banyak-banyak jenis kota kubu yang terbina, kota Islami berkongsi satu ciri yang sama iaitu punya tempat tadahan air untuk tujuan taharah seperti di atas ini yang dipetik di Jabal Qal'ah.

 Kota Pentadbiran



Seperti yang disebut sebelum ini, Amman atau Philadelphia menjadi pusat pentadbiran sejak zaman romawi lagi (ibu negara bagi Decapolis).



Bangunan ini dipanggil dewan tamu besar.







Tinggalan gapuranya.



Kubah yang dibina semula.



Pengawal yang menggesa bergambar bersama.