Sunday, February 17, 2008

Bazar PERUBATAN 2008

 

Serentak dengan segala permainan luar pintu dan dalam pintu serta permainan sukaneka (sukan beraneka atau boleh juga sukanaka iaitu sukan anak-anak), turut diadakan ialah bazar PERUBATAN yang barangkali untuk pertama kali.



Ramainya orang. Budak medik memang berwang.



Tapi 80% aset dimiliki pelajar dirasat.



Turut diserikan dengan kehadiran Cik Puan Penasihat PERUBATAN yang sentiasa ceria dan Cik Puan Timbalan Pengerusi II PERUBATAN yang sentiasa mengawal keayuan.



Antara permainan dalam pintu yang diadakan ialah catur, dam aji, menang kalah atau lukis, PES dan kuiz al-Quran.
Manakala permainan luar pintu pula ialah futsal, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, ping pong dan boling.
Serta acara balpan pula ialah hampir semua jenis larian tidak termasuk lari dalam guni, lari ikat kaki berpasangan atau lari pakai terompah gergasi. Lontar peluru, lontar lembing, lempar cakera, lompat jauh, lompat tinggi atau lompat kijang tidak kelihatan.



 Gerai paling panas. Jualan sentiasa habis. Yang sedang disediakan pun sudah bertuan dan ditempah kelmarin. Saya pukul gambar sebelah sini sebab tak mahu termasuk gambar zaujah ustaz takut ustaz marah dan ustazah pun mukanya dah nampak macam tak senang.



Gerai Nasi Sahara dan Nasi Pilaf (alah watak dalam dragon ball tu).



Gerai biasa...



Bobby sebagai pengarah program dengan rambut baru mutakhir ini.



Bukti Suib turut bekerja.



Gerai Tuan Pengarah sendiri yang menjual hot dog hasta dan nasi ayam Hakka, disifatkan ramai sebagai kurang manis.



Gerai Bikon PERUBATAN. Aku terlepas membeli apple pie di sini.



Gerai paling panas terutamanya di kalangan akhawat. Dikerumuni akhawat tak kira tua atau muda. Siap ada yang tempah-tempah kerana melepas termasuklah Encik Puat. Yang kelihatan ialah perasa moccha dan pandan, cubaan yang gagal, ia hanya sedap dalam perasa asli. Adakah kerana akhawat memang minat cheese cake atau kerana taukenya jambu? 



Aku kurang faham kenapa lampu ini diletakkan. Supaya ayam nampak menarik atau memanaskan ayam?


5 comments:

~~ casper~~ said...

hahahha
i guess ayam tu diletak lampu sbb nak bg panas kut...xkan sbb gelap tul x...by d way know ur blog from my fren yg kata cni byk info...so i saje masuk... :)

Anonymous said...

hoh.meriah!
meriah sbb bnyk mknan yg mustahil tersgt amat utk didpti tmpt aku..uuuuu

Anonymous said...

sampakan salam pada Daing...=)

Amermeftah said...

Ah! Siapa ituuu?~ (yang mahu kirim salam pada Daing)

djambu puadovich said...

ayam disinari lampu supaya kelihatan berkilat lantas menarik hati pembeli utk menikmati ayam.

[canggih x ayat bermula ayam dan berakhir ayam?] haha