(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).
Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan
Tasek Ayer Masen
Aku tak faham kenapa kami diminta berhenti dan bergambar di sini.
Tapi aku ambil peluang bergambar dengan Pakcik Muhammad.
'Ya Nahar Abyadh!' (Alangkah bertuahnya hari ini!) Katanya. Dia suka hati sebab kami semua muslim sambil dia baca zikir panjang-panjang. Boleh jadi dia bosan tiap-tiap hari bawa orang kafir.
Seterusnya pergi ke tasik air masin. Budak-budak semua turun celup tangan mengecap rasa masin air. Aku tak turun, tiada selera sebab...
Waktu itu hujan lebat dan angin keras. Aku tak tahan sejuk. Tapi cantik pula riak air yang angin buat.
Ini kata Dzul:
Nature's Cappucino.
Di sini sekali lagi aku tak faham. Kenapa jip-jip semuanya berpusing-pusing di tempat yang sama? Rupa-rupanya aktiviti ini dipanggil 'crossing the sand dunes.'
Di gurun pun masih ada rokok Cleopatra.
Destinasi sterusnya...
No comments:
Post a Comment