Tuesday, February 12, 2008

Jelajah Jordan VII


Atas permintaan, saya segerakan penyempurnaan liputan Jelajah Jordan saya walaupun sudah genap berusia setahun. Boleh jadi ada orang mahu membanding gambar?

Kota dan Kubu Islami

Untuk pengetahuan kalian, Jordan ialah negara yang baru terbentuk. Sebelum itu, Jordan hanyalah sekadar laluan dan termasuk di dalam Palestin atau Syria. Jordan ialah laluan untuk orang-orang Syam mengerjakan haji terutamanya atau laluan perdagangan antara Syam, Hijaz dan Mesir.

Maka sepanjang laluan itu, banyaklah dibina kota-kota atau kubu-kubu (terutamanya pada zaman Islam) dengan fungsi tersendiri seperti sebagai tempat rehat jemaah haji, pentadbiran, perdagangan atau pertahanan.





Adapun, dalam banyak-banyak jenis kota kubu yang terbina, kota Islami berkongsi satu ciri yang sama iaitu punya tempat tadahan air untuk tujuan taharah seperti di atas ini yang dipetik di Jabal Qal'ah.

 Kota Pentadbiran



Seperti yang disebut sebelum ini, Amman atau Philadelphia menjadi pusat pentadbiran sejak zaman romawi lagi (ibu negara bagi Decapolis).



Bangunan ini dipanggil dewan tamu besar.







Tinggalan gapuranya.



Kubah yang dibina semula.



Pengawal yang menggesa bergambar bersama.


No comments: