Friday, February 08, 2008

Sekitar sambutan Hari Keputeraan Yang Mulia Tengku Tuan Presiden

Sekitar sambutan hari keputeraan...



Kerana kezuhudan tuan presiden, sambutan dibuat dalam keadaan sederhana dan kami tidak memakan kek daripada El-Abd mahupun Tseppas apatah lagi Movenpick atau Marriot Hotel's Bakery.



Mantan presiden membacakan doa selamat dan doa makan sambil diaminkan semua. Beliau turut menggoreng bihun.



Kerana kewarakan tuan presiden juga, KFC dan Pepsi langsung tidak kelihatan.
Pisau di tepi melambangkan semangat jihad yang tinggi. Kek yang sedap melambangkan kami bakal kenyang nanti.



Membuat bintang semakin dibudayakan (budaya yang dipinjam atau diserap daripada akhawat) sebagai lambang tautan ukhuwwah batch dan ahli rumah. Bintang ini bukan lambang faham komunis. Pun begitu, idea untuk membentuk bintang persekutuan (empat belas bucu) tidak kesampaian kerana tidak cukup tangan.



Bersusah payah memotong kek kerana bahu yang tercabut pada Ramadan yang lalu belum pulih sepenuhnya.



 Keadaan menjadi gempar seketika kerana kepulangan Iqbal ke tanah air menyebabkan tiada orang yang bakal memotong dan membahagikan kek. Tetapi keadaan diselamatkan oleh Dzul yang telah banyak menuntut ilmu daripada Iqbal setelah bertahun-tahun bersama.

Tiada diskriminasi batch berlaku di dalam sambutan ini. Shidi tidak kelihatan kerana pergi bercuti ke Mansurah. Turut pulang ke tanah air ialah Izwan Kamal Tan.

No comments: