Sunday, March 30, 2008

Tugu-tugu Allah di Bahariyya V

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan

Di tebing pasir curam ini sekali lagi berhenti. Budak-budak paling suka di sini. Pukul gambar sambil berlari. Ada yang gembira melampau sampai berguling-guling.


Encik Imad tolong ambilkan gambar.


Makin dekat dengan Gunung Pyramid.

Pyramid Mountain


Inilah dia gunung piramid dari dekat.


Kata budak-budak belakang lagi: Eh, eh macam kuih lapis la...
Jangan bimbang, aku menyokong kebebasan bersuara. Tak ada langsung niat di hati nak selotape mulut orang-orang belakang melainkan kalau tuan-tuan mulut nak selotape sendiri silakan.


Di satu sudut hujan masih turun.


Kulit album rakaman pertama diorang...


Kawasan ternakan unta. Jarang boleh tengok unta di Mesir ni sebenarnya. Apa lagi anak-anak unta. Tapi unta-unta di sini macam kacukan dengan unta Bactrian pula. Bulu tebal.


Ini gambar beramai-ramai yang terbaik, di hadapan gunung.
Dan diiktiraf sebagai ikhtilat oleh Abu Fateh.


Thursday, March 27, 2008

Tajam Batu

Seorang anak kecil sedang beronar. Dia menangis. Sekali-sekala berguling-guling. Ada hajatnya yang tidak sampai.

Mula-mula kakaknya datang memujuk. Meleset.

Kemudian abangnya pula menggaya. Meleset. Makin kuat pula.

Akhirnya ibunya datang. Dengan wajah tawar ibunya berkata," Haa, keriau la lagi, nanti tajam batu mai baru tau. Haa, tu dia tajam batu dok ada kat luar tu. Dia nak mai ambik dah."

Anak kecil itu terus diam.

Tajam batu menjadi ketakutan kanak-kanak terutama di utara semenanjung sejak zaman hari itu lagi.

Namun, mengapa? Atau yang lebih tepat lagi apa? Sehingga ia diguna sebagai sedatif oleh ibu-ibu untuk menundukkan anak-anak walaupun di era moden sekarang ini (hanya terdapat satu dua kes sahaja).

Marhaen sekalian, tajam batu...


Tajam batu ialah pengasah pisau yang menjual khidmat dari rumah ke rumah.


Saya mengaku tidak pernah melihat tajam batu versi nusantara namun saksikanlah tajam batu versi timur tengah.


Walaupun Mesir tidak berubah -masih meneruskan tradisi lama- lamun pemandangan ini sudah amat jarang sekali ditemukan. Tajam batu banyak muncul ketika musim korban mengambil kesempatan marhaen yang berhajat kepada pisau yang tajam. Kelihatan juga Sheikh Ridha, imam Masjid As-Syafei, Medinet Fostat.


Pun begitu, ini bukanlah seperti tajam batu yang biasa. Aku sangka ada mana-mana rumah yang memasang Iza3atul Qur'an min al-Qahirah (Stesen Radio Qur'an Kaherah), rupanya tajam batu yang mengaji sambil mengasah.


Putar-putar, putar-putar kaki mengayuh~


Percikan api oleh asahan penuh berkat. Sambil mengasah pisau dengan upah setengah genih sebilah, dia juga menjual pisau.

Tuesday, March 25, 2008

The Bright Rainbow

Ingatkah lagi kekaguman aku terhadap kegagahan rakyat Terengganu?

Ramai orang menyangka, kerana kami berkongsi laut yang sama maka rakyat Kelantan dan Terengganu juga sama. Yang membawa kepada ketakjuban ramai dalam keputusan pilihanraya lalu. Ketahuilah bahawasanya kami tidak sama apa lagi serupa. Malah sekali-sekala tidak berlaga. Sob, anak seorang Penghulu di Terengganu bila ditanya, "Orang Kelantan dengan Terengganu sama kan?", dengan pantas menoleh dan menjawab ringkas tanpa berkira-kira panjang, "Tak."

Aku tinggal bersama-sama dengan seorang Tengku Terengganu. Walaupun susur galurnya membawa kepada Sultan Singapura, tetapi keturunan mereka memang dari sana. Semua maklum Terengganu kini dilanda situasi yang bagaikan 'mengata dulang paku serpih, mengata Perak Terengganu yang lebih' menurut kata Tuan Hazri Tuan Mat (boleh jadi sedang memperjuangkan kemerdekaan Besut?) 

Orang Muar pula tiba-tiba merasa sayu dengan nasib rakyat Terengganu yang hanya bermula dengan perkampungan nelayan dan kini sebagai negeri pengeluar emas hitam. Malangnya, setelah emas dikhabarkan orang bakal habis digali, setitik pun tidak jatuh ke tangan rakyat. Sia-sia. Kerana itulah orang Muar berasa sayu dan asyik melaung-laungkan Pilihanraya Semula! Pilihanraya Semula!

Ketika itu pula, aku asyik katakan. Isytiharkan saja satu civil war antara golongan Royalists dan Parliamentarians.



 Putih lambang raja dan hitam lambang rakyat. Lihatlah lingkaran putih yang mengelilingi tanah hitam menunjukkan raja memberikan perlindungan kepada seluruh rakyat. Raja kini SEDANG melindungi rakyat. Kerana rakyat setitik pun tidak dapat manfaat.

 Baru-baru ini pula Bhutan menamatkan pemerintahan beraja mutlak setelah seabad dengan pilihanraya demokratik pertama atas permintaan rajanya sendiri yang berpendidikan Oxford. Menarik. Nak juga tahu apakah DPT yang menang besar sudahnya sama dengan BN?



Inilah raja saya. Tiga dari kiri bermisai tebal. Bengis kan? Macam kepala lanun. Ampun Tuanku! Daulat.  Sekarang barulah nampak sikit macam mana raja ni sebenarnya payung rakyat/negara/perlembagaan.

May he defend our laws~
And ever give us cause~
To sing with heart and voice~
God save the king~

Sunday, March 23, 2008

Sura

Amaran:
Jika anda wahabi salafi atau syi'i, jangan baca entri kali ini.

Telah datang, bulan Muharram~
Telah syahid, pembela Islam~

Ceria yang lewat dua bulan. Namun dalam bulan maulud ini marilah saya ajarkan cara-cara membuat sura versi utara.


Bahan-bahan yang butuh berupa:
Gula, Ubi keledek, Jagung, Kacang Fasulia dan Gandum selain Tepung Beras dan Kacang Tanah yang tidak hadir untuk sesi penggambaran.


Mula-mula panaskan gula.


Panaskan sampai cair kemudian masukkan air.
Reaksi gula cair terhadap air sangat hebat kerana gula cair lebih panas daripada minyak panas. Maka hati-hati.


Sambil itu rebuslah ubi keledek di atas dapur sebelah jika ada.


Rebuslah juga kacang fasulia.


Rebus lagi kacang tanah pula.


Setelah kerja-kerja merebus selesai, masak pula tepung beras bercampur air dalam periuk yang lain.


Jika anda seorang ambidextrous, anda boleh buat begini.


Masuklah gandum ke dalam tepung.


Masuklah pula gula hangus.


Masuklah juga santan. Elemen penting masakan Melayu.


Beberapa titik esen pandan kerana pandan tidak tumbuh di negara beriklim Mediterranean juga dimasukkan.


Kacang tanah.
Ketika acara masuk-memasuk dilakukan, kerja-kerja mengacau antara kemasukan bahan-bahan tidak dilupakan.


Anda boleh juga mengacau sambil membaca buku ONG jika peperiksaan sudah dekat.


Di hujung-hujung barulah dimasukkan pisang.


Juga keledek rebus dan isi jagung.
Anda dinasihatkan menggunakan isi jagung dalam tin kerana isi jagung kilo yang ada dalam gambar di atas tidak akan lembut walau direbus sehari semalam. Ketahuilah bahawa ia sebenarnya makanan ayam.


Masak sehingga masak atau le'it. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Sejukkan sehingga beku.


Ini pula sura versi selatan walaupun kuat dibangkang orang Muar. Serupa bubur lambuk.

Mengikut cara asal, beras digunakan dan dimasak sampai hancur. Tetapi kerana tukang masak ialah seorang penuntut universiti, maka tiada masa untuk itu, cukup diganti dengan tepung beras. Sura ialah panggilan pantai timur untuk makanan ini. Saya memberi amaran seperti di atas kerana wahabi salafi menganggap membuat sura sempena 10 Muharram ialah bidaah yang sesat dan yang sesat itu di dalam neraka. Syi'i atau Syiah pula menganggap membuat sura bermakna kita bergembira pada hari yang patut kita bersedih kerana kesyahidan Sayyidina Husin. Namun harus ditekankan, elemen terpenting dalam menghasilkan sura ialah kacau. Jangan tak kacau.

Telah datang, bulan Muharram~
Telah syahid, pembela Islam~

Untuk pertanyaan lanjut layarilah:
HADIRNYA SINAR CAHAYA

Thursday, March 20, 2008

Garebek Maulud


Sarayta min haramin ila haramin,
Kama sara al-badru fi dajin min al-dzulami.




Kata orang kalau sayang pada Nabi, amalkan sunnahnya. Kalau mahu amal sunnahnya belajarlah hadithnya. Kata orang pula kalau mahu bawa agama, kajilah sirahnya. Adapun kata-kata orang kalau mahu belajar mulalah dari yang akar kemudian barulah dicapai pada dahan rantingnya. Antara kitab-kitab yang paling asas sampai yang paling tinggi 
  • Nurul Yakin
  • As-Seerah An-Nabawiyyah, Durus wa 'Ibar - Dr. Mustafa Siba'ie
  • Fiqh Seerah - Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy
  • Tareekh Al-Khulafa'
  • Ar-Raheeq Al-Makhtum
Ada orang belajar sirah cuma sebagai sejarah. Ada pula belajar sirah dalam-dalam, bincang ramai-ramai, sayang cuma untuk ambil semangat. Hikmah sudah tidak nampak lagi. Akhirnya tenggelam dalam khayalan mimpi dan angan-angan. Pelajari sirah untuk dibuat contoh. Kajilah sampai nampak hikmahnya. Sirah itu acuan. Quran Sunnah beri pandu beragama. Sirah beri pandu bawa agama. 

Lamun awas. Kalau sirah diguna untuk menjustifikasi kerja buat sendiri masih tidak apa. Jangan sampai memutar belit sirah untuk hujah tangan sendiri.

Moulid di Mesir.

Price hikes take sweetness out of moulid

It's difficult walking down Clot Bey Street near Ramses in downtown at the moment. The street sells everything from electric appliances to car spare parts and kebab sandwiches relatively cheaply.

But the street is now selling halawet el-moulid or the sweets eaten to celebrate the Prophet Mohamed's (PBUH) birthday today , which is a major festival and public holiday for this predominantly Muslim country of 76 million. In el-Sayyeda Zeinab and Bab el-Shaariya in Islamic Cairo and in around numerous Underground stations, the street vendors are hoping to do brisk business.The traditional sweets accompanying this festival are Aroussat el-Moulid, a doll made of sugar bought by girls, and a toy soldier riding a horse, again made of sugar, for boys. Other sweets include semsemeya, a candy bar made of sesame seeds, nuts and honey. There are also melban (Turkish delight) and nougat.However, the alarming price hikes in most staple commodities are expected to have a major effect sweet sales.Mohssen Ezzat says the prices of the sweets have gone up by about 18 per cent this year. Ezzat, who works as an accountant for a confectionery, adds that even the backstreet factories are not working to full capacity for fear of a recession.Mohssen Zaher,the Chairman of the Nile Public Company for Cooperatives, has said in press remarks that his company has produced about 200 tonnes of sweets for el-moulid and their prices are 15 per cent lower than anyone else's. He adds that many companies have ordered large quantities of their sweets to distribute among their employees.The Arabic name for the Prophet Mohamed's birthday is Moulid el- Nabi and it is celebrated on the twelfth day of the lunar Islamic month of Rabie. The celebrations in Egypt include parades in the city streets, with lights, drummers and the special sweets. Singing, music, prayers, children's games, puppet shows and carnival of food are all part and parcel of this festival, as well as Sufi music

Harapan ada liputan. Tapi meleset.

Monday, March 17, 2008

...


I dont know why did I post that last post below. But the real question is why did I post it that way. Is this blog going to be a political blog too? Nah! I dont think so. There are too many political blogs already. I believe that we are taught to be an all rounder. And all that in moderation. Those PRU things that I posted is just because if believe that 'kempen itu dakwah' because we want to 'islah kerana Allah' so that we can achieve 'ke arah himmah aliyah.' Anyway, I was doing my part from far away.

Iustitia Omnibus

   

Justice is not equality.





Justice is putting something at its place.



But then again, definitely, justice is not equality.


Sunday, March 16, 2008

Mandat dari Syurga

Kuasa Rakyat, Kuasa Tuhan.


Mandat dari Syurga ialah konsep kedaulatan maharaja-mahajara China. Mandat dari Syurga tiada batasan masa melainkan berhajat kepada prestasi pemerintah. Bila rakyat mula menentang kerajaan atau rakyat mula memberontak, itu menunjukkan tuhan sudah meninggalkan kerajaan itu. Begitu juga jika kerajaan diperintah oleh pemerintah yang buruk atau pemerintah mula menyalahguna kuasa, tuhan akan mengambil kembali mandat itu dan menyerahkannya kepada orang lain. Kemarau dan banjir yang teruk juga menunjukkan tuhan telah meninggalkan kerajaan.

Sekali lagi,
Suara Rakyat, Suara Keramat
Kuasa Rakyat, Kuasa Tuhan


Wednesday, March 12, 2008

Sampah masyarakat



Sebelum PRU, kita boikot mereka.


Ketika PRU kita muak dengan mereka. Nak muntah!


Alih-alih lepas PRU, kita termakan dengan berits-berita (sila baca hasutan) mereka?

Mereka tidak pernah dan tidak akan insaf (sekurang-kurangnya seperti bekas menteri mereka?) Mari saya ingatkan. Selagi tiada kebebasan media, mereka ialah sampah masyarakat. Sampah.

Dulu.


Kini.


Selamanya...

Tuesday, March 11, 2008

Keramat Rakyat

Perasaan saat mengetahui keputusan pilihanraya baru-baru ini ialah seperti melihat Palace of Westminster diletupkan lewat filem V for Vendetta.




Rakyat Terengganu nyata lebih gedebe (sila baca radikal) berbanding kami di Kelantan. Aku sangat kagum (sila baca respek) kepada pakcik yang berada di hadapan sekali mendahalui orang lain itu. Menyerupai Tank Man dalam siri-siri Tiananmen Square protests. Seorang diri berhadapan dengan kuasa besar.

Sekali gus mengingatkan aku kepada Haji Abdul Rahman Limbong dan demosntrasi rakyat di Kuala Brang tahun 1928 dulu.

Makkal Sakhti!
(tak ada kena mengena dengan Sakhti's Flour Mill yang mengeluarkan serbuk kari Alagappa's)