Sunday, March 23, 2008

Sura

Amaran:
Jika anda wahabi salafi atau syi'i, jangan baca entri kali ini.

Telah datang, bulan Muharram~
Telah syahid, pembela Islam~

Ceria yang lewat dua bulan. Namun dalam bulan maulud ini marilah saya ajarkan cara-cara membuat sura versi utara.


Bahan-bahan yang butuh berupa:
Gula, Ubi keledek, Jagung, Kacang Fasulia dan Gandum selain Tepung Beras dan Kacang Tanah yang tidak hadir untuk sesi penggambaran.


Mula-mula panaskan gula.


Panaskan sampai cair kemudian masukkan air.
Reaksi gula cair terhadap air sangat hebat kerana gula cair lebih panas daripada minyak panas. Maka hati-hati.


Sambil itu rebuslah ubi keledek di atas dapur sebelah jika ada.


Rebuslah juga kacang fasulia.


Rebus lagi kacang tanah pula.


Setelah kerja-kerja merebus selesai, masak pula tepung beras bercampur air dalam periuk yang lain.


Jika anda seorang ambidextrous, anda boleh buat begini.


Masuklah gandum ke dalam tepung.


Masuklah pula gula hangus.


Masuklah juga santan. Elemen penting masakan Melayu.


Beberapa titik esen pandan kerana pandan tidak tumbuh di negara beriklim Mediterranean juga dimasukkan.


Kacang tanah.
Ketika acara masuk-memasuk dilakukan, kerja-kerja mengacau antara kemasukan bahan-bahan tidak dilupakan.


Anda boleh juga mengacau sambil membaca buku ONG jika peperiksaan sudah dekat.


Di hujung-hujung barulah dimasukkan pisang.


Juga keledek rebus dan isi jagung.
Anda dinasihatkan menggunakan isi jagung dalam tin kerana isi jagung kilo yang ada dalam gambar di atas tidak akan lembut walau direbus sehari semalam. Ketahuilah bahawa ia sebenarnya makanan ayam.


Masak sehingga masak atau le'it. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Sejukkan sehingga beku.


Ini pula sura versi selatan walaupun kuat dibangkang orang Muar. Serupa bubur lambuk.

Mengikut cara asal, beras digunakan dan dimasak sampai hancur. Tetapi kerana tukang masak ialah seorang penuntut universiti, maka tiada masa untuk itu, cukup diganti dengan tepung beras. Sura ialah panggilan pantai timur untuk makanan ini. Saya memberi amaran seperti di atas kerana wahabi salafi menganggap membuat sura sempena 10 Muharram ialah bidaah yang sesat dan yang sesat itu di dalam neraka. Syi'i atau Syiah pula menganggap membuat sura bermakna kita bergembira pada hari yang patut kita bersedih kerana kesyahidan Sayyidina Husin. Namun harus ditekankan, elemen terpenting dalam menghasilkan sura ialah kacau. Jangan tak kacau.

Telah datang, bulan Muharram~
Telah syahid, pembela Islam~

Untuk pertanyaan lanjut layarilah:
HADIRNYA SINAR CAHAYA

6 comments:

Anonymous said...

bakpe pulak wahabi salafi tokleh bace? aku bace selamberock jek hahahaha.

ssini pun ada wat sure jugok. tapi, sure die supe nga bubur lambuk jah. tok sesedak sure kite di kelate. nasib baik, masuk buley rabiulawwal, ada majlis 'wat sure klate' ssini. terubat rasa rindu nok makey sure klate huhuhuhu.

Anonymous said...

lupe. aku ambik gambar skeping letok di blog aku huhuhuh

Learner said...

abg iqbal menjadi model..... sepatutnya pemukul jua menjadi model... seperti termodelnya iqbal munauwir...:D

y.mercury said...
This comment has been removed by the author.
y.mercury said...

quote: "wahabi salafi menganggap membuat sura sempena 10 Muharram ialah bidaah yang sesat"

-yeke? sy ikut manhaj salaf, tp setahu saya bkn mcm tu. tp yg dianggap x betol ialah menyandarkan perbuatan buat bubur tu pd nabi Nuh a.s., sbb xde sumber yg sahih kate mcm tu. tp kalu nk buat bubur ape pon buat la sbg adat je (mcm buat lemang pagi raya), x pyh kate nabi Nuh buat.

djambu puadovich said...

wah! iqbal bukan saje ambidextrous, malah mampu mengaktifkan pusat tumpuan otak berbilang [membaca sambil mengacau sura] kui3 :)
aku igtkn apehal la salafi n syi'i xleh baca...