Ingatkah lagi kekaguman aku terhadap kegagahan rakyat Terengganu?
Ramai orang menyangka, kerana kami berkongsi laut yang sama maka rakyat Kelantan dan Terengganu juga sama. Yang membawa kepada ketakjuban ramai dalam keputusan pilihanraya lalu. Ketahuilah bahawasanya kami tidak sama apa lagi serupa. Malah sekali-sekala tidak berlaga. Sob, anak seorang Penghulu di Terengganu bila ditanya, "Orang Kelantan dengan Terengganu sama kan?", dengan pantas menoleh dan menjawab ringkas tanpa berkira-kira panjang, "Tak."
Aku tinggal bersama-sama dengan seorang Tengku Terengganu. Walaupun susur galurnya membawa kepada Sultan Singapura, tetapi keturunan mereka memang dari sana. Semua maklum Terengganu kini dilanda situasi yang bagaikan 'mengata dulang paku serpih, mengata Perak Terengganu yang lebih' menurut kata Tuan Hazri Tuan Mat (boleh jadi sedang memperjuangkan kemerdekaan Besut?)
Orang Muar pula tiba-tiba merasa sayu dengan nasib rakyat Terengganu yang hanya bermula dengan perkampungan nelayan dan kini sebagai negeri pengeluar emas hitam. Malangnya, setelah emas dikhabarkan orang bakal habis digali, setitik pun tidak jatuh ke tangan rakyat. Sia-sia. Kerana itulah orang Muar berasa sayu dan asyik melaung-laungkan Pilihanraya Semula! Pilihanraya Semula!

Ketika itu pula, aku asyik katakan. Isytiharkan saja satu civil war antara golongan Royalists dan Parliamentarians.
Putih lambang raja dan hitam lambang rakyat. Lihatlah lingkaran putih yang mengelilingi tanah hitam menunjukkan raja memberikan perlindungan kepada seluruh rakyat. Raja kini SEDANG melindungi rakyat. Kerana rakyat setitik pun tidak dapat manfaat.
Baru-baru ini pula Bhutan menamatkan pemerintahan beraja mutlak setelah seabad dengan pilihanraya demokratik pertama atas permintaan rajanya sendiri yang berpendidikan Oxford. Menarik. Nak juga tahu apakah DPT yang menang besar sudahnya sama dengan BN?
Inilah raja saya. Tiga dari kiri bermisai tebal. Bengis kan? Macam kepala lanun. Ampun Tuanku! Daulat. Sekarang barulah nampak sikit macam mana raja ni sebenarnya payung rakyat/negara/perlembagaan.
May he defend our laws~
And ever give us cause~
To sing with heart and voice~
God save the king~

4 comments:
zakat kelate under maik.maik under sultan semail.zakat klate susah nk dpt.sultan semail mnyusahkan?
salam ...
kak pB harap kemelut hok tengoh berlaku kat negeri jirae kito tu , berakhir dengan elok ...
Afifah,
Aku sangka Kelantan diperintah oleh Queen (Rajo Tino).
Hehehe...
menarik!
siap ade nama jiran saya=P
heh heh
Post a Comment