Thursday, March 27, 2008

Tajam Batu

Seorang anak kecil sedang beronar. Dia menangis. Sekali-sekala berguling-guling. Ada hajatnya yang tidak sampai.

Mula-mula kakaknya datang memujuk. Meleset.

Kemudian abangnya pula menggaya. Meleset. Makin kuat pula.

Akhirnya ibunya datang. Dengan wajah tawar ibunya berkata," Haa, keriau la lagi, nanti tajam batu mai baru tau. Haa, tu dia tajam batu dok ada kat luar tu. Dia nak mai ambik dah."

Anak kecil itu terus diam.

Tajam batu menjadi ketakutan kanak-kanak terutama di utara semenanjung sejak zaman hari itu lagi.

Namun, mengapa? Atau yang lebih tepat lagi apa? Sehingga ia diguna sebagai sedatif oleh ibu-ibu untuk menundukkan anak-anak walaupun di era moden sekarang ini (hanya terdapat satu dua kes sahaja).

Marhaen sekalian, tajam batu...


Tajam batu ialah pengasah pisau yang menjual khidmat dari rumah ke rumah.


Saya mengaku tidak pernah melihat tajam batu versi nusantara namun saksikanlah tajam batu versi timur tengah.


Walaupun Mesir tidak berubah -masih meneruskan tradisi lama- lamun pemandangan ini sudah amat jarang sekali ditemukan. Tajam batu banyak muncul ketika musim korban mengambil kesempatan marhaen yang berhajat kepada pisau yang tajam. Kelihatan juga Sheikh Ridha, imam Masjid As-Syafei, Medinet Fostat.


Pun begitu, ini bukanlah seperti tajam batu yang biasa. Aku sangka ada mana-mana rumah yang memasang Iza3atul Qur'an min al-Qahirah (Stesen Radio Qur'an Kaherah), rupanya tajam batu yang mengaji sambil mengasah.


Putar-putar, putar-putar kaki mengayuh~


Percikan api oleh asahan penuh berkat. Sambil mengasah pisau dengan upah setengah genih sebilah, dia juga menjual pisau.

5 comments:

djambu puadovich said...

menurut cetera, tajam batu versi tanah rencong ialah manusia keturunan tanah hindi berjalan2 sambil memekik2 'tajam batu' berkali-kali. tapi tujuan mereka bukan la utk menajamkan pisau. mereka datang utk menajamkan batu2 giling yg telah licin haus digunakan oleh suri2 rumah. batu ibu [yg besar terbaring] akan dipahat permukaannya supaya menjai kasar dan berkesan semula utk menggiling lada dsb.
begitulah seadanya...

zr said...

kelmarin baca post ni. semalam jumpa ammu yang tajam batu ni. sangat teruja ok :D

tapi kat sini 1 pisau = 1 genih. kitorang suruh dia tunggu nak naik atas rumah nak ambil pisau. bila turun dah takde. sedih2..

MZP said...

bahasa yang mengagumkan. maksud saya, gaya bahasa. follow the flow of rhytm.

Unknown said...

Betul. Kalau dia mai. Kami beradik diam je.

Unknown said...

Betul. Kalau dia mai. Kami beradik diam je.