Umat Mesir bersolat Idul Fitri seawal jam 6.08 pagi sedang subuh masuk pada jam 4.20 pagi. Takbir bermula sejak jam 5.30 pagi.
Tahun ini umat Islam berhari raya dalam keadaan sederhana. Kalau tak silap tahun lepas belon sampai atas mihrab dengan minbar.
Usai memberi salam yang kiri, ada budak meletakkan gula-gula dalam tangan setiap jemaah.
El-Gawaly Street yang menjadi dataran solat dihiasi dengan belon-belon...
Khutbah sekali yang menimbulkan persoalan. Imam ini baru diganti setelah imam asal ditangkap kerana terlibat dengan Ikhwan.
Gambar ini sepatutnya dapat jadi lebih menarik. Anak imam tengah duduk atas tangga minbar. Tapi tak mahu flash menganggu jemaah.
Pun, jemaah ramai yang keluar tidak dengar khutbah. Tetapi tidak salah, Nabi SAW sendiri memberi ijin siapa mau dengar duduk siapa tak mau boleh pergi.
Selepas selesai semua, orang-orang banyak bersalam-salam berborak-borak berkumpul-kumpul sebelum bersurai-surai.
Di sudut lain, ada orang menyebar hadiah kepada budak-budak. Tahun ini mereka beraya dengan pistol air.
Akhirnya disimpulkan Iqbal, umat Mesir mampu bersolat awal sebab baju raya mereka cuma kemeja T dan seluar jeans bagi yang muda dan kalau tua-tua cuma perlu sarungkan galabeyya. Ada yang turun bersolat eid dengan baju tidur. Kalau orang Melayu nak buat awal begitu, alamtnya tak sempat nak ikat sampin macam P Ramlee.
Akhir kata, keluputanku seng akeh-akeh njalok ngapuro.

No comments:
Post a Comment