Ramadan Revisited - Satu memorial
Tulisan yang patut terbit pada tengah sepertiga Ramadan yang pertama
Anak bulan Ramadan belum pun pandai meniarap, orang Melayu sudah pasang lagu-lagu Idulfitri. Langsung tidak hormat. Dalam lagu-lagu itu, Ramadan disebut sedikit sahaja sebagai kenangan lampau yang mau dilupakan. Ramadan seperti penjara dan Idulfitri itu disambut bersungguh benar sebagai bebas daripada bulan menyeksakan itu.
Orang Melayu yang menyambut Idulfitri sampai sebulan terpana dengan bangsa Mesir yang menyambutnya tiga hari sahaja sambil berkata-kata, kenapa sekejap sangant? Pendeknya cuti! Kurang asam, raya-raya pun mau buat peperiksaan juga?
Bagi bangsa Mesir, mereka beraya sejak satu Ramadhan lagi dan bahangnya terasa sejak 'Malang Sepu'. Sebulan mereka berpesta. Siang bagai kuburan, malam bagai temasya. Anak-anak kecil dilepas bebas keluar bermain. Dentum mercun sejak hari mula lagi. Tua-tua pula berpusu-pusu ke balaisah menunai ibadah.
Dan jalanan mereka, dipasang lampu-lampu menyuluh jalan untuk mereka yang ke masjid...
Harat Fahmi
Kedai Kopi Arabisk
Lampu kelip-keli dipasang tanpa menunggu malam tujuh likur...
Bustan El-Fadhil Street
Dan jalanan mereka, dihias ceria bagai ada fiesta...
Mohamed Shawky Street
Harat Fahmi
Lebuh Umar Abdel Aziz
El-Naggar Street
Harat Selim
Setiap rumah di sepanjang jalan akan menymbang wang untuk keceriaan. Dalam lima genih.
Sampai hujung Ramadan, mercun tak dengar lagi, anak-anak kecil pun pulang ke rumah. Mujur masjidnya makin sendat lagi.
Ramadan bulan harapan anak-anak jalanan.

No comments:
Post a Comment