Monday, October 06, 2008

Raya

Idil telah diundang oleh tauke/bosnya untuk ke rumah terbuka. Kemudian seorang pelajar tempatan terpana
"Eh! Bukan eid dah habis ke?!"

Tak apa, biarlah eid dah habis pun. Aku tengah tunggu eid yang lagi satu esok lusa. Pun, eid tahun ini memang disambut mengikut ajaran Nabi, sehari saja. (sebenarnya dah malas nak pergi beraya jauh-jauh)

* * *

Tema catatan kali ini ialah istiqamah.

Sebagaimana Bobby istiqamah dalam study, begitulah juga istiqamahnya Bobby dalam menganjurkan rumah terbuka setiap kali raya. Tak pernah miss setiap tahun.


Bobby masih lagi istiqamah dengan hidangan makanan laut (makanan sungai?) setiap kali raya. Ikan Boulty (Tilapia) bakar tawar.

Seperti biasa juga, Bobby memang istiqamah dengan sambal sotong pedasnya. Ibarat kata orang tua-tua, 'tua-tua keladi, makin tua makin menjadi', begitulah juga sambal Bobby. Makin tua Bobby makin pedas sambalnya.

Satu hari ni asyik makan nasi kapit, dekat sini barulah dapat nasi biasa. Di sini susah nak dapat makanan laut, jadi mewah jugalah konon. Tapi Boby kata sebab mudah.

6 comments:

opaq said...

ikan saner berapa ringgit??

Amermeftah said...

Err kalau tilapia tu dalam 13 genih sekilo dalam 21 ringgit. Kalau ikan aya tu dalam 17 genih sekilo dalam 27 ringgit. Yang penting seafood memang susah nak dpt.

Amermeftah said...

Eh silap la, tilapia lapan ringgit, aya sebelas ringgit.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

hahaha..rsipi umah terbuka bobby tak berubah lg nmpaknye..bgs2..nampaknye ade lg 2 kali raya akan bermenu yg sama..tp sedap ape sambal de,cume kalo iWan makan,bole status epilepticus trus kot.

umah atas ble nak wat el-uben hausz?

Amermeftah said...

Manader, kalo iwan makan maunye kene perforated peptic ulcer complicated by melena and peritonitis.

Takde rejeki kau waruk, thn ni sebab aku ajak abq iqbal nompang sini, tibe-tibe 'ter'ada open house secara tak langsung...

Muhammad Warouq bin Qamar said...

arghhh!!!! [ekspresi melepas el-uben hausz dari air tgn baibal]

aih~jumaat ni dh nak balik..*sugul*