Wednesday, December 24, 2008

Ubi Setela


Kereta sorong berkuasa wap.

Dari jauh nampak macam George Stephenson punya 'Rocket'.

Dekat sikit lagi rupanya orang menjaja ubi setela.

Ubi setela atau ubi keledek (jangan tertukar dengan ubi keladi) konon berasal dari Amerika Selatan dan Karibia. Pun, sebelum penerokaan orang-orang putih ke Dunia Baru, ubi setela atau ubi jalar menurut kata orang Indo telah dikenali di kepulauan Pasifik Selatan yang menjadi tanda tanya di kalangan para botanis.

Ubi setela atau kentang manis menurut kata orang putih punya kegunaan selain bahan makanan. Jusnya dicampur perahan limau boleh dijadikan bahan pewarna. Tamadun Inca menggunakannya sebagai bahan seramik. Selain pohonnya boleh dijadikan hiasan, orang Formosa cuba menjadikannya sebagai bahan api alkohol untuk kenaikan.

Kemudahan menjaganya menjadikan ia tanaman komoditi pilihan. Turut ditanam Mek Esah dan Che Rohim demi menyekolahkan sembilan anak. Kentang manis atau ubi setela juga dikempen di negara barat sebagai gantian kepada kentang biasa kerana selain mempunyai glycemic index yang tinggi sedikit, ia juga mengandung beta carotena, serat dan vitamin C.

Mula-mula budak-budak ni pelik, eih dah? Kenapa aku pukul gambar gerai dema. Tapi akhirnya dema minta juga aku pukul gambar. Perhatikan hiasan tapak tangan serombong asap. Apakah dipercayai membawa tuah, pelaris atau simbol rukun Islam yang lima?

Seperti orang Melayu gemar makan ubi kayu rebus dengan air kopi O pada musim hujan, orang-orang di negeri-negeri empat musim pun suka makan ubi setela bakar seperti yang berlaku di Timur Jauh (China Jepun) dan Mesir (Timut Tengah) walaupun hanya dua musim saja yang jelas. Ketika ini sajalah kereta-kereta jaja berkuasa wap ni menjelma.

Makcik penjual Yaki Imo (keledek bakar) di kota Nara, Jepun. Perhatikan teknologi Jepunyang hampir sama dengan Mesir.

Ubi setela bakar menjadi makanan kesukaan Shizuka (awek Nobita) dan Misae (mak Shin Chan) walaupun rata-rata Melayu Kairo menjuihkan bibir saja kat ubi setela bakar. Sama juga dengan nasib jagung bakar hangus.

Pun begitu, menggemari keledek bakar seolah-olah satu keaiban kerana Shizuka akan tersipu-sipu kalau diketahui orang. Atau mungkin sekali kerana angin perut yang kononnya bakal terhasil selepas makan keledek bakar.


* * *

Selain ubi setela yang namanya tidak sampai ke Pantai Barat Semenanjung, ada dua lagi ubi yang bukan namanya saja tidak sampai tapi tak pernah ditanam pun disebelah sana.

Ubi badak yang lebih kurang dikenali rasanya lemak-lemak seperti keladi. Menjadi bahan ketawa kawan-kawan sekolah rendah bila aku buka cerita pasal ubi ni. Jahil tukir. Ubi keling yang lebih dikenali menjadi bahan snek di tepi jalan dijual bersama etok dan kacang rebus.

5 comments:

Kalam Puncak said...

hahaha, ubi bakar pon leh jadi idea wat entri.
menarik2..
pasni wat post pasal lolongan wanita arab waktu majlis kawen leh?
pas2 bubuh mp3 lak.
best2

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tgk ubi keledek bakar kat jambatan cairo U hari2 selama 4 tahun tp takde sekali pon teringin nak beli. (de tak ikut musim lak. sepanjang tahun ade)

han! said...

caption last photo tu menarik. haha

mrsalqasam said...

menarik. info tambahan baru.

terima kasih.

Anonymous said...

cayalah..gua mmg t'tarik ngn lu nye post..1 info yg jarang org ketengahkan...sbenanye aku ni pminat gler ngn japanese bake potatos...wawawawa...