Wednesday, September 30, 2009

Kota Suci Keempat

Mengadap Sultan Setambul XXI

Air pancut (sebenarnya pili, terjemahan langsung fountain) di depan perpustakaan Sultan Ahmed III.

Astaka Baghdad, dibina sebagai menyambut kemenangan menawan Baghdad dari tangan pesaing Turki Uthmaniyyah iaitu Safavid Iran. Kalau silap bangunan maknanya itu Sünnet Odası atau bilik putera-putera raja dikhatankan.

Ada orang menyebut Setambul atau Kastantiniyyah seolah-olahnya bandar suci keempat di sisi Islam selepas Makkah, Al-Madinah dan Yerushalayim (Al-Quds). Sebab kota itu disebut Nabi dalam hadithnya yang mana: sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera ialah yang membuka Kastantiniyyah; kiamat tak akan berlaku sehingga Islam membuka semula Kastantiniyyah (au kama qal).

Padahal zaman purba dan zaman pertengahan dulu memang bandar suci Kristen Ortodoks.

Atau sebab bandar itu menyimpan tinggalan-tinggalan Nabi yang terjaga di balik tembok-tembok Topkapi. Tinggalan berupa jubah, janggut, rambut, gigi dan panji-panji Nabi di dalam bilik khas yang 24/7 diperdengarkan bacaan Quran (zaman dulu memang ada qari di situ, sekarang pakai kaset).

Ada lagi tinggalan nabi-nabi lainnya. Tongkat Nabi Musa (hmmm masih berkilat). Serban Nabi Yusuf (kainnya putih bersih). Tangan Nabi Yahya! (ini kerja-kerja orang Kristen). Mangkuk Nabi Ibrahim? (in mint condition).

Padahal di bilik hujung yang nampaknya macam dikhaskan untuk pengunjung Syiah yang menempatkan tinggalan ahli bayt seperti Sayyidah Fatimah, Sayyidina Hussain, kain bajunya nampak sudah kusam ditelan zaman.

Allahua'lam.

1 comment:

Dr Kadir said...

Hari tu kitaorang pergi memang ada Qari kat situ. Asalnya ingat diaorang pasang kaset.