Mengadap Sultan Setambul XXIII
Paulo Coelho ajar kalau berjalan jangan takut bersembang dengan stranger. Tapi kemodenan membuatkan kita jadi nafsi-nafsi sebab masing-masing cuak dengan orang jahat yang makin ramai ...
Idris Suleiman, 31 tahun, bujang. Kami kenal dia bila Omer dan Fateh tak mampu nak jawab Jumaat masuk jam berapa. Suleiman seorang British dari Preston. Sekarang dah setahun cuti. Misi dia dalam cuti ialah berkelana ke beberapa negara Islam dan solat di setiap masjid di situ.
Dia kerja construction. Sebelum ni pernah kerja di Oslo, Norway. Katanya waktu di sana dia struggling Islamically sebab tak ada kawan muslim yang boleh ingatkan dia sembahyang bang. Jadi dia berhenti sebab tak tahan. Famili dia Kristen Katolik kuat. Sejak umur dia tia empat belas tahun dah pergi Zimbabwe buat kerja-kerja amal. Tolong orang bedah selaput mata.
Bila tanya dia macam mana dia jadi muslim dia macam jawab gitu-gitu saja. Katanya, "When you search, you'll find out that Islam is the right way." Kita orang frust sekejap. Mak bapaknya tak menentang atau membuang dia. Lagipun dia anak sulung katanya. Siapa nak lawan? Ke mana-mana pun dengan seragam yang sama. Kopiah, berkalung sorban dan seluar 'cikantong'. Pantang dengar azan terus berlari ke masjid.
Suleiman suka fotografi. Lawa-lawa gambar-gambar dia dalam FB. Kami tak tahu dia ada dslr -nampak gaya macam selekeh saja- sampailah malam dia belanja makan tu. Ini antara benda yang aku belajar dari dia orang. Macam gitulah orang putih makan angin. Tak menunjuk dia orang kaya. Bukan macam kita yang ke hulu ke hilir dslr tersangkut di tengkuk. Konsti pun cakap benda yang sama.
Mamat suka sangat bersembang dengan dia orang. Pasal agama dengan dia, pasal life orang putih dengan Konsti. Sekali aku cerita dekat Suleiman pasal orang Islam kat tempat kita yang murtad yang jenis sebab jumpa Jesus dalam mimpi. Tak sudah dia mengucap. Dia kata, "If I dreamed of being Superman last night, I dont become Superman today," sambil gelak-gelak mengucap.
Konstantin orang Austria. Tapi kami panggil Konsti saja sebab dia kata itu memang nama pendek untuk Konstantin. Kebetulan nama dia sama dengan bandar kami lepak tu. Umur lebih kurang aku tapi rupa macam dah tua bangka. Orang putih ... Dia pun budak medik. Pernah mengaji dekat UK sekejap. Konnnya baru lepas grad. Tapi boleh pulak jalan-jalan.
Sebab orang-orang yang lepak Hostel Anzac semuanya best gila jadi kami mudah kenal. Lagipun dia asyik menyampuk masa kami tengah sembang-sembang pasal agama. Dia dok sindir-sindir. Kami tanya dia pasal Austria dengan Jerman sebangsa ke? Dan kenapa tak gabung dengan Jerman. Tak jelas tapi nampaknya orang Austria ada pride sendiri.
Kebetulan, sambil mengaji medik agaknya dia jurulatih ski. Jadi satu malam tu budak-budak ni menengar kuliah ski dari dia. Maklumlah kita orang kan kononnya nak main ski kat Iran sana. Konsti lagi suka tengok benda-benda nature. Jadi bengunan keliling Setambul tu dia tak hairan pun.
Sekali Konsti nampak Asle punya Croc, "Aaaa! Kenapa kau pakai itu? Kau nak pakai itu main ski?" Asle segan-segan backing diri sendiri. Konsti cakap kat rumah dia baju dia semua Gucci. Tapi masa makan angin dia pakai baju bodoh-bodoh selekeh saja. Barulah tak ada orang nak merompak. Barulah orang tak cekik darah atau sembelih tekak.
Banyak benda yang dapat daripada dia orang ni. Contohnya, patutlah orang putih kaki makan angin. Sebab kalau dia orang lepak negara sendiri lagi mahal belanja. Kemudian bila Mamat mula buka topik pasal love and relationship aku dah tak layan. Dia kata awek dia malas masak. Prinsip dia pun lain sikit. Makan angin pun soeorang-seorang.

5 comments:
Ok. satu fakta berguna. Sila banyakkan lagi fakta2 berguna dalam belog ni. Dan orang putih kalau pakai kopiah mmg hensom. Kah kah kah. Out of topic
salam, ana sukalah baca ini blog. byk cerita dan ilmu yg ana tak tahu. tq brother..
yg terbaiknye org putih ni, diorg bleh buat kerja amal smbil merantau sbb duit diorg mahal. kita nk merantau sgt pn xleh sbb duit xcukup. adoi~~
Cik Qaya:
Oh! Ujud lagi ya!
Nur:
salam, kita sama-sama belajar, sy pun byk yg tak tau
djambu:
betul, kitorang pulak nampak, org putih ni satu bangsa yg tak kisah tinggal kampung laman sendiri, tak mcm kita yg merantau lama pun last-last nak mati di kampung jugak ...
tu pun betul jugak...klo tak, mesti dah ada tanah2 jajahan org nusantara kat eropah ke, afrika ke. isk3...
Post a Comment