Tuesday, December 01, 2009

Infigar Kabeer

Mengadap Sultan Setambul XXIV

Infigar Kabeer ialah Big Bang.

Malam kedua kami pisah. Mengelak ikhtilat konon. Cewah. Berkat kononnya mengelak ikhtilat berbuah. Sulieman ajak kami makan di restoran ikan oleng-oleng. Dia belanja. Jadi dia, aku, Mamat dan Konsti berjalanlah ke kedai yang katanya tak jauh.

Masa tengah jalan nak makan ikan dia orang banyak membuka minda kita orang tentang cara orang putih. Kami banyak tanya pasal cuaca, pasal perempuan, pasal arak. Dulu kami ingat orang putih dah biasa dengan cuaca sejuk, dah tak kisah. Rupanya dia orang tak suka jugak. Sebab tu dia orang masih panggil bad weather.

Sulieman (dah tentu sebab dia muslim) dengan Konsti pun anggap mini-skirt menjolok mata sampai Konsti kata dia orang ni gila ke apa musim-musim sejuk pakai singkat-singkat dedah-dedah kaki. Bila tanya apa rasa arak dia kata you wont like it. Pening. Busuk. Kita orang pun, "Oh!" Agaknya kita orang terserempak orang putih baik-baik kot. Tapi agak mengubah persepsi terhadap orang eropah dan nampak sangat orang kita saja yang terikut buta-tuli apa-apa yang dalam TV. Masa aku kata, orang Asia banyak yang berkiblatkan Barat. Sulieman pun terkejut, "No, no, no, it shouldn't be like that" ...

Sekali masa kami jalan-jalan nak pergi kedai ikan tu, apa entah yang Mamat tanya Konsti tapi baru kami tau yang dia tu atheist. Patutlah dari tadi asyik dok sindir-sindir Islam. Sulieman pun apa lagi. Panas. Terus tanya, "So, how do you explain The Big Bang?" Sepanjang-panjang jalan dari Topkapi sampai jejantas Eminonu tak habis-habis debat. Rasa bersalah pulak Mamat buka topik. Akhirnya potong buat-buat tanya, "Sulieman, kenapa kau pilih nama tu?" Tapi dia orang cool saja. Dia orang berhenti takat tu saja. Balik hostel main backgammon sama-sama.


3 comments:

mUneer said...

manusia fitrah perlukan tempat mengadu. kena main physco sama golongan atheist ni

djambu puadovich said...

sesetengah ateis ni memilih jalan tu sebab dah putus asa mencari Tuhan.

sesetengah pulak sebab malas nak fikir pasal syurga neraka. hidup tak menyusahkan orang dah cukup baik...

aku pulak, wlpn muslim, kdg2 perangai mcm non jugak. tak insaf2...huhu

Amermeftah said...

Mamat ada bangkitkan soalan, kalau ateis tanya kita apa bukti tuhan tu wujud, kita mintak dia jawab dulu, apa bukti tuhan tak wujud?