Wednesday, December 23, 2009

Teksi Palang

Naiklah teksi putih dengan abang Munir dan adik Mamat. Nak pergi Sarag Mall beli glove goal keeper. Masuk, nampak gambar tok sheikh bertongkat. Belakang tok sheikh tu ada Perawan Terberkati Maria dengan kepala bercahaya. Munir pun cakap, "Dia ni macam orang tak sembahyang ja Mat." Aku sambut, "Palang, orang palang." Teksi pun jalan.

Kat Sikkah jalan macet. Mamat bosan-bosan boleh pulak dia gobel tangkal azimat apa entah yang ada ukiran Perawan Terberkati Maria yang tersangkut kat cermin pandang belakang. Munir kata, "Hang ni tak boleh dok diam ka?" Mamat gelak.

Teksi jalan lagi sangkut-sangkut. Tiba-tiba drebar pasang radio. Mula-mula lagu. Lama-lama 'Iza'atul Qur'an' -Radio Qur'an. Tiba-tiba je drebar ni. Munir nak tergelak, aku senyum. Lama lagi, dia mula ikut-ikut orang mengaji, mendayu-dayu lagi. Mamat paling belakang kata, "Apahal macam pelik je mamat ni."

Lama lepas tu drebar teksi mengeluh pulak, "La ilaha illallah, Sayyidina Muhammad Rasulullah." Munir dengan aku nak tergelak lagi.

Jalan pun lega. Sampai dekat belok nak masuk Abbas Akad drebar tanya Mamat, "Kau belajar Azhar?" "Tak, Ain Shams," Mamat jawab. Bila dah nak dekat Sarag Mall drebar tu pun kata, "Aku pun muslim jugak sebenarnya, tuan kereta ni je yang Kristen, aku cakap ni sebab tadi aku nampak kau orang dok gelak-gelak kat aku tadi."

Begitulah ...

6 comments:

pinksterz said...

saya suka bost ini.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

kah2..bagus jugak drebar tu alert dgn gelakan2 dari belakang. kalo x, x psl2 je dia dituduh kristen yg power usuludin.

Atiqah said...

saya juga suka post ini.
iman di dada Allah dan dia je yang tahu.

Tobibah Ainy said...

kenapa drebar tu x buang je tangkal azimat maria tersebut? takkan la tuan kereta tu nak cek kereta dia hari2 pown~

djambu puadovich said...

haaaa...lenkali jgn cepat sgt menilai...hehehe :P

Amermeftah said...

cik pink:
bost best kan?

waruk:
tp kristen yg power usuluddin mmg ade sorg kat sabiek

kak rem:
nak buang cemana, tuan dia tak cek pon, keta org

yop:
apa nak wat, kita menasia ni, yg zahir je la kita nampak