Friday, January 29, 2010

Paris, Kairo, Republik Arab Mesir


Kalau tak mampu ke Paris, lepaklah di Medan Talaat Harb dan nikmatilah pemandangan bangunan-bangunan yang persis Paris. Medan Talaat Harb ialah tempat yang paling anggun di Kaherah dan sering dijadikan latar untuk filem-filem dan klip-klip video penyanyi Mesir.

Walaupun Inggeris menjadi kuasa barat yang paling lama menduduki Mesir -42 tahun- ia tidak banyak memberi pengaruh kepada sosio-budaya negara ini. Perancis adalah kuasa barat yang pertama dan paling singkat menjajah Mesir -3 tahun. Lamun, seperti cinta pertama ia yang paling banyak meninggalkan kesan terhadap Mesir.

Cuba tengok pada binaan tingkap rumah anda, tingkap yang tinggi serupa pintu, bidai kayunya yang biasanya diwarnakan hijau, sistem selaknya. Kemudian lihat pula pada rekabentuk anjung rumah anda, bentuk pagar besinya, ukiran hiasan dan sentuhan akhirnya. Selepas itu lihat lagi pada struktur bangunan itu sendiri yang menyediakan ruang kosong di tengah-tengah sebagai laluan paip buang dan pengudaraan -tapi di Mesir lebih dijadikan tempat pembuangan sampah.

Anda boleh bandingkan senibina bangunan ini dengan bangunan yang terdapat di Paris jika anda menonton filem-filem seperti Taken, The Bourne Identity atau The Pink Panther.

Selain itu, Perancis ada juga meninggalkan kesan dalam dialek Arab Mesir seperti kata-kata pinjaman 'bantaloon' iaitu seluar dan 'abajura' iaitu lampu meja. Tidak lupa juga kesan yang ditinggalkan pada budaya pemakanan orang Mesir iaitu kesukaan mereka sekarang memakan keju yang berbagai.

Akhir sekali, kita ada Hopital Faransawy ...

Monday, January 25, 2010

Fatimah Nabawiyyah

Fatimah An-Nabawiyyah binti Hairul Nizam bin Mat Husin. Anak sulung Kak Opis yang berat kelahirannya 2.5kg. Itu pun khabar burung orang saja ...

Friday, January 22, 2010

Masjid Bonda Sultan

Mengadap Sultan Setambul XXVI

Atau Masjid Baru bukan Masjid Biru. Mula dibina oleh Valide Sultan, Safiye Sultan di kawasan komersial Eminonu yang majoriti penduduknya Yahudi dengan niat suci murni demi meluaskan pengaruh Islam di kawasan itu.

Tapi binaan terhenti selama lebih separuh abad kerana pihak tentera menganggap pembinaannya sebagai satu pembaziran padahal mereka hendak menyekat pengaruh Valide Sultan di istana.

Akhirnya masjid ini disiapkan juga oleh Valide Sultan yang lain selepas binaan yang asal musnah terbakar atas nasihat arkitek kerajaan sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Valide Sultan ialah gelaran bonda kepada sultan yang memerintah. Sama seperti Bonda Maharani atau Maharani Balu dalam cerita-cerita Cina atau Queen Mother di England. Kedudukan ini adalah kedudukan yang paling tinggi dalam Empayar Uthmaniyyah iaitu nombor dua sahaja selepas sultan lantaran kedudukan ibu di dalam Islam -A mother's right is God's right- dan sudah tentu banyak memberi pengaruh dalam pemerintahan.

Thursday, January 21, 2010

aku sokong arsenal time die lemah beb

Semacam mana orang awal masuk Islam ketika ia masih lemah, macam itu jugaklah aku mula sokong Arsenal waktu ia lemah. Tapi dah tentu aku tak lupa orang yang dakwah aku, hehehe. Selebrit sajalah walaupun mungkin untuk empat hari saja. Good game, good game.

Keep it Goonerish!

Wednesday, January 20, 2010

Kucing Kristen

Sebab ia baru keluar dari gereja, hehehe.

Tapi hakikatnya ...
"And they say: Allah has taken to himself a son. Glory be to Him; rather, whatever is in the heavens and the earth is His; all are obedient to Him."
[2:116]

dan lagi,
"Whatever is in the heavens and whatever is in the earth declares the glory of Allah, and He is the Mighty, the Wise."
[59:1]

Anarki di Athina XLI

Wednesday, January 13, 2010

Rokok, Motor dan Viva Palestina


Ramai orang belarak. Membantah Mesir membina tembok besi keluli di perbatasan Gaza. Dalam ramai-ramai itu Ust Nasrudin Tantawi yang menyerahkan memorandum kepada duta Mesir. Hani Abdul Kader duta Mesir menerima memorandum seraya berkata,

"Kamu ni Nasrudin, saya tahu kamu belajar di Mesir dan kamu kenal Mesir. Sekarang kamu nak sokong Mr. Galloway yang bukan Islam atau Husni Mubarak sedang ia seorang muslim?"

* * *

Kawan rapat aku merokok dan bermotorsikal. Cukup hairan bila motorsikalnya yang walaupun dah tua (banyak jasa tu) tapi masih jadi tumpuan serta menarik minat budak-budak Mesir dan dijadikan bahan permainan (vandalisme). Lampu isyarat patah, lampu brek belakang pecah, pedal gear pun pernah patah, kusyen sandar belakang hilang, spark plug kena cabut, minyak pun pernah kena sedut.

Satu hari kami nak keluar. Sambil turun tangga kawan aku cucuh rokok, sedut. Sampai bawah, ada budak-budak tengah naik atas motorsikal main-main. Kawan baik aku pun marah, "Turun! Ni bukan motor kau pun yang kau main apasal?" Budak tu pun cepat-cepat turun dan cuba tutup malu dengan berkata, "Tapi hisap rokok haram." Kawan aku pun geram, "Habis tu yang kau kacau harta-benda orang lain tu tak apa?"

Begitulah, tahu pulak dia rokok tu haram tapi dia rosakkan jugak barang milik orang ...

Monday, January 04, 2010

Restoran Ikan Oleng-oleng

Mengadap Sultan Setambul XXV

Yosh! (Sebab Wa'dul Haq baru dapat mata pertama) Jadi malam itu Sulieman memang nak belanja makan ikan. Katanya kedai tu unik. Kononnya dekat saja dengan jambatan sana. Boleh pergi jalan kaki. Kami pun jalanlah. Sekali jauh jugaklah dalam selang tiga stesen tram (tapi esok-esok tu jalan kaki jugak kalau nak ke Eminonu tu).

Inilah dia, restorannya rendah diri saja. Kerusi meja comel secotek-secotek. Duduknya pun terbuka di dataran sebelah Golden Horn dekat dengan Galata Bridge.

Ini pula dapur terapungnya. Sekali-sekala bayu kencang musim dingin membawa ombak yang mungkin berbahaya bagi perahu-perahu kecil. Dapur pun oleng-oleng ke kiri kanan sekali-sekala macam nak terbalik. Tapi tukang-tukang masak cool saja.

Menunya, ikan kembung/selar fillet goreng kapit roti dan direncahkan secukup rasa mengikut selera dengan garam dan sos lemon yang ada atas meja.

Restoren ikan oleng-oleng di sebelah siang. Tak cukup meriah kerana mengamalkan polisi 'Kami meniaga malam, makcik.'

Perahu dapur mereka yang oleng-oleng dipukul ombak.

Saturday, January 02, 2010

Di Sebelah Jepun

Pertama kali keluar negara terus ke Mesir. Golok dengan Tak Bai pun tak pernah seberang. Sia-sia saja duduk Kelantan.

Pertama kali keluar negara jauh-jauh terus seorang-seorang bawak diri. Sunyi. Sepi. Sedih. Tak macam orang lain ramai-ramai dengan kawan-kawan. Meriah. Kot.

Nasib baik mama dengan abah teman sampai KLIA dari KB. Ada lagi Uncle Ghapa dengan Auntie Rupawan. Alang-alang dah nak tinggal kampung, pelepas geram makan habis fast food kat situ. Abah belanja. Masa kat salah satu kedai tu nampak Ust Badrul Amin dengan famili.

Dapat tempat duduk tepi tingkap. Yay! Bersorak-sorai gumbira. Dapat tengok tanah tumpah darah nak tinggal. Layan sedih seorang-seorang. Dapat tengok langit.

Alih-alih ada abang Indo sebelah mintak tukar tempat duduk. Dia terpisah dengan bini dia. Adui. Tapi tak apa sebab superstition punya pasal bagi sajalah. Maklumlah pertama kali naik kapal terbang besar pergi jauh-jauh. Karang tak pasal-pasal pulak ...

Hilanglah tempat duduk window. Dapat aisle. Duduklah di sebelah Jepun.

Pertama kali keluar negara jauh-jauh naik kapal terbang besar, darat pulak tu. Sepanjang jalan tak buka TV. Tak reti. Lagipun leceh, banyak barang atas badan dengan jaket tebal semuanya payah nak gerak.

Makanan pun sampai. Ada bekas kecik dengan isi cecair. Apa benda pulak ni? Goncang-goncang. Jepun sebelah pun cakap, "Mirk, its mirk."

Dalam sayu campur cuak campur bosan sembanglah dengan Jepun. Mula dengan soalan-soalan biasa sampai soalan-soalan kurang biasa.

Aku tanya dia kerja apa? Dia kata, "I rost my job." "Hah?" "I rost my job." "Hah?!" "I rost my job." "Oh, sorry, sorry." Dia lost dia punya job rupanya. Kesian. Tapi ada duit pulak jalan merata.

Dia kata, "Aku dah pergi Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indo, dia orang semua cakap bahasa sama ya?" Aku pun apa yang samanya? Aku tanya, "Apa yang dia orang cakap yang samanya?" Dia pun kata dengan payahnya, "Assaramuaraikum." Eh, eh Jepun ni. Aku pun jelaskanlah.

Sembang sampai mengantuk dia pun mintak jalan nak tidur. "Okay, okay, oyasumi." Dia pun terkejut, "Oh! Why do you know that?" Dengan tak sengaja fahamlah aku kenapa dalam komik Doraemon dia orang kata 'Mengapa awak tahu?' instead of 'Bagaimana awak tahu?' Memang gaya bahasa Jepun rupanya.

Sebelum turun Jepun tu sempat ambil gambar aku atas kapal terbang. Aku tak ada kamera. Dia tak turun sebab zaman tu MAS sambung ke Istanbul. Kairo transit saja. Aku lupa nak tanya nama dia. Itu satu kezaliman dalam bersembang tu.

Friday, January 01, 2010

Masjid Ahmed ibn Tulun 879M

Sudah menjadi lumrah, lumrah yang pelik, ada beberapa tempat di Mesir ini yang menjadi favourite kepada orang Melayu kita dan sesetengah tempat yang lain pula menjadi favourite kepada pelancong-pelancong Mat Saleh.

Contohnya, Mat Saleh tak pandang sangat Masjid Al-Azhar walaupun ia masjid negara. Tapi orang Melayu berpusu-pusu pergi. Sebaliknya, kalau disebut Islamic Cairo atau Jalan Al-Mu'iz Lideenillah yang kaya dengan khazanah, orang Melayu nescaya terlopong dan ternganga terpinga-pinga. Tapi Mat Saleh berpusu-pusu pergi.

Begitulah juga nasib Masjid Ahmad Ibnu Tulun. Kalau kita selak dan belek buku liburan tak banyak liputan pasal Masjid Azhar tapi kalau Masjid Ibnu Tulun sampai berlaman-laman. Malah dikata, kalau tak sempat nak ke monumen Islam mana-mana, ke masjid ini pun cukuplah.

Masjid terbesar di Mesir ini mendapat reputasi buruk dari bibir-bibir Melayu yang mengatakan ia dibina demi mengeteng atau menandingi Masjid Sayyida Zaynab yang berdekatan. Padahal ia siap bina pada 879 sedangkan binaan paling awal Masjid Sayyida Zaynab dikesan pada tahun 1154 seiring dengan pembinaan Masjid Hussein.

Ahmad ibnu Tulun juga mendapat imej buruk sebagai pemerintah kuku besi walaupun kononnya beliau yang memulakan budaya Maidah Rahman di bulan Ramadan -atau mungkin orang tertukar dengan Khalifah Al-Hakim Bi Amrillah?