Wednesday, January 13, 2010

Rokok, Motor dan Viva Palestina


Ramai orang belarak. Membantah Mesir membina tembok besi keluli di perbatasan Gaza. Dalam ramai-ramai itu Ust Nasrudin Tantawi yang menyerahkan memorandum kepada duta Mesir. Hani Abdul Kader duta Mesir menerima memorandum seraya berkata,

"Kamu ni Nasrudin, saya tahu kamu belajar di Mesir dan kamu kenal Mesir. Sekarang kamu nak sokong Mr. Galloway yang bukan Islam atau Husni Mubarak sedang ia seorang muslim?"

* * *

Kawan rapat aku merokok dan bermotorsikal. Cukup hairan bila motorsikalnya yang walaupun dah tua (banyak jasa tu) tapi masih jadi tumpuan serta menarik minat budak-budak Mesir dan dijadikan bahan permainan (vandalisme). Lampu isyarat patah, lampu brek belakang pecah, pedal gear pun pernah patah, kusyen sandar belakang hilang, spark plug kena cabut, minyak pun pernah kena sedut.

Satu hari kami nak keluar. Sambil turun tangga kawan aku cucuh rokok, sedut. Sampai bawah, ada budak-budak tengah naik atas motorsikal main-main. Kawan baik aku pun marah, "Turun! Ni bukan motor kau pun yang kau main apasal?" Budak tu pun cepat-cepat turun dan cuba tutup malu dengan berkata, "Tapi hisap rokok haram." Kawan aku pun geram, "Habis tu yang kau kacau harta-benda orang lain tu tak apa?"

Begitulah, tahu pulak dia rokok tu haram tapi dia rosakkan jugak barang milik orang ...

5 comments:

PEMENANG said...

orang kafir bukan semuanye kafir harbi

dakwahla dulu mcm kat org cine ke india ape ke

ni x abes2 main isu perkauman.....

baek ikut Viva palestina dari ikut org islam yang cam hos** mubarak

same r cam kat msia...hik2

Pak Man laksam said...

Darat sungguh budak-budak Mesir ....tak pernah jumpa motor ke?.

Mr W. A. A. said...

Itulah Mesir. Kalau orang buat salah, tak boleh. Kalau dia buat salah, cepat pulak Islam yg jadi sandaran.

Tak hairanlah orang nampak negatif pasal Islam sebab perangai orang Arab. Kalau orang Barat benci akan orang Arab, mesti Islam terpercik sekali. Sangat jarang orang Barat benci orang non-Arab yang Muslim sebab mereka Islam.

Jadi, Arablah yang banyak sekali menconteng arang terhadap imej Islam itu, walaupun tak semua yang berperangai macam hantu.

Sebab tu nabi diturunkan dalam kalangan mereka. Kalau Arab dah okey, orang lain mudahlah nak dibentuk.

alQasam said...

berbalah dengan budak-budak mesir? Depa memang darat, tp berhujah dengan depa macam qiyas ma'al fariq.

alQasam said...

but I do understand the meaning between the lines in this post.