Mengadap Sultan Setambul XXV
Yosh! (Sebab Wa'dul Haq baru dapat mata pertama) Jadi malam itu Sulieman memang nak belanja makan ikan. Katanya kedai tu unik. Kononnya dekat saja dengan jambatan sana. Boleh pergi jalan kaki. Kami pun jalanlah. Sekali jauh jugaklah dalam selang tiga stesen tram (tapi esok-esok tu jalan kaki jugak kalau nak ke Eminonu tu).
Inilah dia, restorannya rendah diri saja. Kerusi meja comel secotek-secotek. Duduknya pun terbuka di dataran sebelah Golden Horn dekat dengan Galata Bridge.
Ini pula dapur terapungnya. Sekali-sekala bayu kencang musim dingin membawa ombak yang mungkin berbahaya bagi perahu-perahu kecil. Dapur pun oleng-oleng ke kiri kanan sekali-sekala macam nak terbalik. Tapi tukang-tukang masak cool saja.
Menunya, ikan kembung/selar fillet goreng kapit roti dan direncahkan secukup rasa mengikut selera dengan garam dan sos lemon yang ada atas meja.
Restoren ikan oleng-oleng di sebelah siang. Tak cukup meriah kerana mengamalkan polisi 'Kami meniaga malam, makcik.'
Perahu dapur mereka yang oleng-oleng dipukul ombak.

3 comments:
layan sandwish ikan di eminonu mmg true. sambil ambil angin bayu laut bosphorus mmg menarik.
siap kali ke istanbul, pasti tidak terlepas untuk menikmatinya. apa nak buat, joden mmg kekurangan sumber ikan. pantai milik joden hanya 13km sahaja lebih kurang.
mahal x makan situ?
Memang merendah diri!
Best tuuuu.......
Post a Comment