Friday, January 22, 2010

Masjid Bonda Sultan

Mengadap Sultan Setambul XXVI

Atau Masjid Baru bukan Masjid Biru. Mula dibina oleh Valide Sultan, Safiye Sultan di kawasan komersial Eminonu yang majoriti penduduknya Yahudi dengan niat suci murni demi meluaskan pengaruh Islam di kawasan itu.

Tapi binaan terhenti selama lebih separuh abad kerana pihak tentera menganggap pembinaannya sebagai satu pembaziran padahal mereka hendak menyekat pengaruh Valide Sultan di istana.

Akhirnya masjid ini disiapkan juga oleh Valide Sultan yang lain selepas binaan yang asal musnah terbakar atas nasihat arkitek kerajaan sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Valide Sultan ialah gelaran bonda kepada sultan yang memerintah. Sama seperti Bonda Maharani atau Maharani Balu dalam cerita-cerita Cina atau Queen Mother di England. Kedudukan ini adalah kedudukan yang paling tinggi dalam Empayar Uthmaniyyah iaitu nombor dua sahaja selepas sultan lantaran kedudukan ibu di dalam Islam -A mother's right is God's right- dan sudah tentu banyak memberi pengaruh dalam pemerintahan.

No comments: