'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XXI
* * *
Kapal haji pertama sudah berangkat.
Apa erti merdeka esok kalau hari ini sudah merdeka?
Harat Fahmi
Kedai Kopi Arabisk
Bustan El-Fadhil Street
Mohamed Shawky Street
Harat Fahmi
Lebuh Umar Abdel Aziz
El-Naggar Street
Harat Selim
Masjid Taman Bahagia, zohor hari raya.
Simpang bertemu dua bulan mulia. Ramadhan di kiri, Syawal di kanan.
Orang lain beraya dengan basikal, dengan pistol air. Dia seorang saja masih pakai pedang.
Aku mabuk nasi kapit raya tahun ni.
Rendang Ayam
Sambal Udang
Masak Lodeh
Kuah kacang ada, tapi tak ada gambar.
"Tak boleh! Tak boleh masuk! Bilik ni Gen6 saja."
Dan entah kenapa, budak-budak Alex pun duduk sama dia saja. Boleh rujuk sini.
Ehmad menjanjikan kejutan. Semua benda pun aku tak terkejut. Tapi ini saja yang aku terkejut bila masuk rumah dia. Ini ke kejutan dia? Encik Hazam?
Bobby masih lagi istiqamah dengan hidangan makanan laut (makanan sungai?) setiap kali raya. Ikan Boulty (Tilapia) bakar tawar.
Seperti biasa juga, Bobby memang istiqamah dengan sambal sotong pedasnya. Ibarat kata orang tua-tua, 'tua-tua keladi, makin tua makin menjadi', begitulah juga sambal Bobby. Makin tua Bobby makin pedas sambalnya.
Tahun ini umat Islam berhari raya dalam keadaan sederhana. Kalau tak silap tahun lepas belon sampai atas mihrab dengan minbar.
El-Gawaly Street yang menjadi dataran solat dihiasi dengan belon-belon...
Khutbah sekali yang menimbulkan persoalan. Imam ini baru diganti setelah imam asal ditangkap kerana terlibat dengan Ikhwan.
Selepas selesai semua, orang-orang banyak bersalam-salam berborak-borak berkumpul-kumpul sebelum bersurai-surai.
Di sudut lain, ada orang menyebar hadiah kepada budak-budak. Tahun ini mereka beraya dengan pistol air.