Thursday, November 19, 2009

In Chand e?

30 Tahun Revolusi Islami XXIII

Kalimah pertama yang dianggap paling penting untuk kemandirian yang kami pelajari ialah kalimah untuk berjual-beli. Jadi kami belajar bagaimana nak menyebut, "Bikam dah?" (berapa harganya ni?) dalam bahasa Parsi dari seorang Pakistan (kot) yang ada di Stesen Azadi waktu itu. Orang itu kata, "In chand e?"

Tapi macet juga sebab kalau tauke kedai sebut, "Se hezaar toman," kami akan cuma tahu melopong saja. Akhirnya kami tanya juga tapi tauke kedai petik kalkulator saja. Lagi pening bila di peringkat pasar, Iran masih menggunakan matawang lama iaitu toman berbanding matawang rasmi rial. Bukan setakat beza nama, tapi beza nilai pulak. 1 toman = 10 rial. Mudahnya tolak kosong saja.

Uniknya kedai-kedai runcit Iran ni, kalau masuk semuanya mesti ada papan tanda 'Welcome to your shop'.

Aku tak banyak pengalaman dengan kedai runcit sebab tak banyak membeli-belah macam orang lain (kedekut?). Cuma sekali tersilap beli kredit untuk telefon genggam Phuong. Tapi nasib baik pakcik kedai Iran baik. Pakcik pelanggan yang boleh cakap orang putih sikit-sikit pun tolong dan sanggup beli kredit yang dah terguris.

Di Iran telur dijual pakai kilo.

2 comments:

salman said...

Salam ya basha.

Apa khabar? Jauhnya anta berjalan. Eloklah, dah bekerja nanti, nak balik rumah sendiri pun tak sempat:)

Berkenan untuk mencadangkan satu blog,tuannya punya minat yang sama iaitu berjalan-jalan, cuma mungkin dia punya sudut pandangan yang berbeza.

http://anakalam.blogsome.com

Jumpa lagi

wassalam

Amermeftah said...

Salam ya sidi,

Terima kasih kenalkan blog tu. Sudut pandangannya memang berbeza. Jalannya pun. Mudah-mudahan ana pun dapat ikut jalan ni juga.

Jumpa nanti