Semalam
Pergi ke British Council di 3agouza. Sejam lebih bersardin dalam bas dari 3abassia.Teringin nak ikut kelas. Tapi mahal. Sebenarnya, ada niyat jahat lagi busuk. Balik pulak sakit perut lapar, kepala berdenyut, kaki ketar longgar hypoglycemia. Sakit hati. Sakit jiwa.
Tapi balik, lega. Sekeping poskad pengubat jiwa. Tulisan jawimu sangat cantik. Terima kasih kerana menghidupkan tulisan jawi.
Oh ya, setelah merujuk kepada sifu blog aku, mereka menganjur aku supaya meletakkan chatbox supaya dapat aku tahu siapa yang melawat walaupun boleh sahaja dapat komen dari anonymous. Hari ini dua orang sedar keujudannya termasuk seorang sahabat rapat lama yang jarang bersua online.
Wednesday, December 14, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment