Sab 10 Dis 8PM Saqiah 3abd El-Mun3im As-Sawi (Culture Wheel)
International Concert for Peace
Atas ajakan Easeone. Pegi sama Pak Ten. Masrah tu betul-betul bawah kobri. Literally bawah kobri. Palo gertak la tapi. Dressing sepatutnya casual. Tapi aku siap ngan overcoat sama scarf. Overdress.
International concert for peace. Mengumpulkan pemuzik2 dari beberapa bahagian dunia. MC tak suka guna perkataan negara. Kunun tujuannya utk world peace dan soul healing. Dua jam lamanya. Ada tujuh persembahan semuanya.
Artist (according to appearance)
Dan Furst
Merangkap MC. Juga pemain beberapa alat muzik yg ajaib-ajaib.
Hossam Shaker
Pemain kecapi kumpulan Ra7alla.
Bashar Zarkan
Pemain percussion kumpulan Ra7alla.
Svemir Vranko
Penyanyi Croatia. Aktivis keamanan sewaktu Perang Bosnia. Pemain didgeridoo.
Willow Chang
Artist Hawaii yg dtg ke Mesir utk belajar dancing.
Manal Mohie El Din
Pemain harp nomor satu di Mesir.
Scott Huckaby
Award winning guitarist dari US. Dia pernah disembuhkan oleh dolphin-dolphin dengan cara berenang bersama mereka setelah dikatakan tiada harapan sembuh selepas ditimpa kemalangan.
Nasser Shamma
Pemain 3ud atau gambus dari Iraq.
Persembahan mula dgn alu-aluan Dan Furst. Pastu dia nyanyi lagu org Hawaii waktu diorang bertolak belayar. Macam mentera apa ntah. Asik humming jer.
Pastu persembahan disambung oleh kumpulan Ra7ala. Dgn fokus persembahan ialah mainan kecapi oleh pakcik Hossam.
Pastu Svemir menyanyikan lagu 'Warrior of Light'.
Kendian Dan dan Svemir bermain didgeridoo. Alat kaum asli Australia. Sebatang kayu panjang. Tiup di hujungnya. Dgn alat ni, memacam bunyi hewan bley buat. Alat ni dikatakan alat muzik paling awal dicipta. Org asli Australia guna utk upacara mrk yg digelar 'Enter the Dream'.
Persembahan disambung oleh Willow. Menyanyi lagu Hawaii-Aloha. Pastu menari hulla. Istimewanya tarian ni, it can tell you a story from the moving of the hands.
Kamudiam, Dan dan Svemir keluar lagi. Kali ini diorang memainkan alat muzik yg ajaib-ajaib. Dan bermain mangkuk kristal besar yg ada air. Pastu dia gosok keliling mangkuk dgn batang kayu. Alah, yg mcm org buat dgn gelas kaca tu. Bunyi mcm mike rosak. Pastu main tuang-tuang air. Tapi sedap gila bunyi. Svemir main tala bunyi yg familiar bg kami student tibb ni. Pastu main rainstick. Alat mcm shaker. Tp tak goncang. Terbalikkan saja. Bunyi mcm serangga? Hujan? Pastu main mangkuk besi Tibet. Sama mcm mangkuk kristal tadi.
Pastu Chang buat kejutan. Kitorang takyah pun naik bot2 mewah di Sg. Nil tu utk tgk. Tetiba dia belly dancing. Tp tgh2 dancing tu, muzik di cut. Pandai-pandailah dia cover. Dan keluar dan cakap kononnya derang terpaksa menghentikan sebab ini adalah salah satu penindasan kpd wanita. Dunia tak aman sebab wanita tak dihormati. Tapi aku rasa sebab authority tak kasi. Sebab muka nampak tak puas hati.
Pastu Manal dtg main harp. Tiga lagu semuanya. Macam bunyi piano. Macam watak kartun di sorga. Harp dicipta oleh Mesir purba. Di bawa ke Greek oleh Phytagoras. Dia pujuk sami/paderi Fir3aun ajar dia main waktu 20 thn dia kat Mesir. Dulu2. Org Mesir purba percaya setiap organ badan ada tone dia sendiri. So kalau sakit, bermakna organ tu ada missing tone. Utk bubuh balik, derang mainlah harp dekat organ tu.
Rehat sepuluh menit.
Svemir menyanyi lagi. Tapi tali sandang gitar dia jatuh. Cover malu. Tapi penonton tak support pon. Last2 dia terpaksa mintak. Willow pun menyibuk menari. Easeone meluat jek.
Pastu Scott keluar. Dia mainkan dua buah lagu. Secret Portal sama Somewhere Invincible. Dengan kepala yg botak, pastu kat kaki dia pasang loceng macam penari India dia buat macam2 bunyi dengan gitar dia. Ketuk-ketuk gitar. Goncang-goncang gitar berloceng dia. Sepak-sepak gitar dengan kaki loceng dia. Gosok-gosok gitar ngan air liur dia. Gesek-gesek gitar ngan penggesek viola utk buat bunyi ikan paus sama ikan lumba. Easeone paling suka dia ni. Aku tak suka sebab lampu pentas dia menyakitkan mata. Serius sakit mata.
Sampailah pulak giliran Nasser Shamma. Pemain 3ud atau org Melayu kita panggil gambus nomor satu dari Iraq. Memandangkan begitu ramai org kehilangan tangan dalam siri2 perang di Iraq. Beliau telah mencipta cara bermain gambus ngan sebelah tangan saja. Memang pelik tgk dia boleh buat bunyi2 sedap dgn hanya memetik neck gambus atau body gambus sahaja.
Lepas tu, pada asalnya diorang nak gandingkan Nasser ngan Scott. Sebagai simbolik kononnya walaupun askar US masih ada di Iraq, tapi diorang tetap main muzik bersama. Tapi, kumpulan Ra7alla join sekali. Dan panggil The Quartet sebab tambah sekali Hossam ngan Bashar. Memang best. Tapi ada dua alat string. Dua-dua nak jadi lead. So, salah satu tenggelam. Kecapi Hossam tenggelam. Hossam macam tak puas hati saja. Nasser pulak macam bolot semua. Scott jaga base saja. Last-last Hossam terus tukar pergi main kompang. Dah la kecapi dia asik telanggar mike. DUB! DUB!
Persembahan last. Semua artist keluar. Kali ni mintak kami nyanyi sekali. Kertas senikata diedar. Lagu lama. Ummi Kalsom. Lagu tajuk dia 'In Our Tent'. Atau 'Layali Kabeera'. Kami kena nyanyi korus saja. Malangnya, penonton tak support langsung. Akulah salah sorang pennton tu. Apa nak buat, bahsa 3arab yg dirumikan tak tepat lasung. Dah la sebutan dia tahapahapa. Walaupun org Mesir tahu jek lagu ni. Tp derang pon susah nak nyanyi.
Habis akirnya. Ada la sorang makcik Jepun pegi kasik bunga kat Dan. Siap cium-cium pulak. Pipi je la. Aku kata dlm hati. Makcik ni siap la laki dia belasah malam ni. Kat luar Easeone beli dua tiga keping CD Scott ngan Svemir. Sekeping LE50. Harapanla aku nak beli. Sekeping tu, yg Svemir. Sejam tiup didgeridoo. Buhsan. Tapi utk meditation. Sampai rumah 11.30. Itulah cultural show pertama aku pegi.
Ini lah entry aku paling panjang setakat ni. Bacalah kalau berani. Memang berani lah kalau dah sampai sini.
Wednesday, December 14, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment