Musim haji sudah masuk. Khatib pun menghikayatkan haji.
Katanya khatib
Baitul 7aram itu dibina oleh malaikat. Fi 3ahdi Adam. Pada zaman Adam. Baitul 7aram itu terletak betul-betul bawah Baitul Ma3mur di langit. Yang mana malaikat menunaikan haji di sana. Kemudian setelah datang tufan pada 3ahdi Nu7. Baitul 7aram rosak atau tertimbus.
Baitul 7aram dibina kembali oleh Ibrahim Khalilullah dan anaknya atas perintahNya. Khatib mengisahkan Ibrahim. Bagaiman ketika Namrud nak lastikkannya ke dlm api. Mele'kak mengadu kpd Tuhan. Tuhan berfirman, Aku lebih tahu tentang hambaKu. Tuhan pun berfirman kpd api dgn firmanNya yg masyhur itu. Khatib mengisahkan juga Ismail. Ketika ayahnya mahu menyembelihnya, baginda merelakannya kerana itu perintah Tuhan. Bukan calang2 org yg Tuhan pilih utk membina semula rumahNya.
Dalam Kero'e yg mana aku tak ingat ayatnya tetapi sudah tentu khatib ingat ayatnya. Tuhan berfirman bagi mengisahkan pembinaan semula rumahNya itu.. Tuhan telah menzahirkan tempat rumah itu dgn menghantar angin yg kuat. Nampaklah oleh Ibrahim dan Ismail dua beranak tapak asas Baitul 7aram.
Selesai membina. Tuhan perintahkan pula Ibrahim menyeru manusia menunaikan haji. Ibrahim mengadu. Bagaimana suara saya dpt sampai kpd seluruh manusia? Tuhan berfirman. Ke atas engkau utk menyeru dan ke atas Aku utk menyampaikan. So, org yg pergi haji sampai ke hari ni sebenarnya menyahut seruan Ibrahim ribuan tahun dulu.
Akan nak pergi haji ni, khatib pesan. Gunalah harta yg 7alal yg dpt dgn cara 7alal. Lagi. Hajj itu drpd dua huruf. Haa' dan jeem. Haa' ialah hilm. Jeem ialah jurm. Aku kurang periksa maknanya. Mengantuk barangkali. Nabi kita yg agung pernah berpesan. Sesiapa yg menunaikan haji di rumah ini, akn diampun dosanya seperti baru dilahirkan. Atau semacam mana yg disabdakan.
Aqimussolah...
FYI. Ka3bah yg dibina Ibrahim mempunyai dua pintu. Satu di timur satu di barat. Satu utk masuk dan satu utk keluar. Pintunya rapat ke tanah. Tidak berbumbung.
Pada zaman Quraisy, bumbung dibina. Pintu diangkat tinggi. Ka3bah dibina semula lebih kecil sehingga hijr Ismail terkeluar drpd binaan. Bajet kurang.
Pada zaman Abdullah Bin Zubair, ka3bah dibina mengikut asal. Setelah Hajjaj Bin Yusuf mengambil alih, dibina semula mengikut cara Quraisy. Kerana sangka Ibnu Zubair pandai-pandai. Berita ini sampai kpd khalifah zaman itu. Katanya, kalau dia tahu yg binaan Ibnu Zubair tu yg asal, tak pulak dia izinkan Hajjaj tukar. Tapi Imam Malik pesan, jgn ubah-ubah. Takut hilang rasa zouk atau kehebatan Ka3bah dari hati org2 Islam.
FYI juga. Che', Sah dan Pisah selamat tiba ke tanah suci. Kini berada di Madinah. Tiga org ini byk berjasa dlm hidup aku. Abah pulak baru kirim suit melayu warna ijo lengkap bersampin songket warna ijo juga utk raya haji.
Saturday, December 10, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment