Thursday, December 27, 2007

Dari Perlembahan Nil ke Dataran Syam VIII


Nah! Boleh jadi inilah entri terakhir dari Jumhureyya Suriyya El-Arabiyyah.

Masing-masing tidak tahu ke mana mahu menenangkan perut. Wardah Syamiah pula jauh di Medan Marjeh. Maka Hazri dah Pak Ten dikirim sebagai peninjau. Setelah mengintai di celah-celah pinggir Souq Hamediyya itu, mereka pulang dengan khabar gembira. Ada sebuah kedai yang bernama Kebablek.

Masing-masing takut nak masuk. Gaya semacam kedai mewah. Dengan lampu malap, muzik-muzik ringan, pelayan yang memakai sut dan napkin tersangkut di tangan. Bila sudah duduk di satu meja, Munir kata,

"Ni sorang ready kat tepi satgi nak lari pi tukar duit."

Takut duit tak cukup...



Sebagai pembuka selera, kami makan toushka. Hampir serupa dengan hawawshi tetapi lebih tipis dan rangup. Di depan Mede Sapar ialah nasi kabsah. Mede Sapar memesan makanan paling biasa kerana mengikut katanya Iqbal, Mede Sapar tidak biasa makan banyak dan yang aneh-aneh. Pinggan bulat di depan Munir yang belum terusik itu diisi dengan hummus, pes kacang kuda yang dicampur sedikit tahina (pes bijan), perahan limau dan bawang putih. Hummus di dataran Syam ibarat fuul di lembah Nil dan hummus hanya banyak muncul di Mesir ketika Ramadhan untuk sahur. Aku sedang menikmati basmashkat. Nasi bercampur daging cincang yang disalut daging (o.O). Mangkuk di depan aku penuh dengan Kebbeh Labaneh. Kibbeh ialah bebola daging cincang bercampur gandum burgul. Dihidang mentah, goreng atau di dalam yogurt. Akhirnya kami tutup dengan meminum kopi Arab percuma yang dituang oleh pakcik tua berpakaian tradisi yang ranggi. Cawan kopinya kecil molek tetapi memang patut kerana kopinya pahit dan pedas. Banyak halia?



Pak Ten seorang sahaja memesan teh. Aku masih utuh dengan prinsip tidak memesan 'makanan yang boleh dapat di rumah' di kedai-kedai. Kami tidak mencuci mulut di situ.

Sambung berjalan di dalam pasar Hamediyya. Teringat kata-kata Ust Nasir,
"Makanlah ais krim, makan ais krim musim-musim sejuk ni best."
Kebetulan pula belum mencuci mulut, kami singgah di sebuah kedai ais krim yang memang banyak di pasar itu. Kedai Ais Krim Bouzah. Kedai pro-Hezbollah yang menggantung bendera Hezbollah di dalam kedainya... Tidak lupa juga gambar pak long mereka (Bashar Al-Asad). Kamceng sungguh.



Bila sudah lama pulang ke tanah Nil, baharulah aku teringat, kami sebenarnya telah makan ais krim berperisa Tutti Fruitti yang tidak sedap itu. Berjalan punya fasal, lupa rasa. Ais krim itu digolek-golek di atas kacang cerdik.

Matahari pun masuk dan kami pun pergi bertemu tuhan di hadapan mahkamah Damsyik. Di Masjid Mawlawi. Masjid yang aku kira cukup lengkap. Tandas dan tempat wudhuk punya sakhanah dan tempat letak kasut pula ialah lokar yang disediakan kunci.



Selepas itu, Munir yang banyak mengaji kitab itu mengeret kami ke kedai buku. Mahu cari kitab. Di situ aku membeli satu-satunya tanda mata dari Damsyik selain stokin yang dijual di jalanan. Kitab Fadha'il As-Syam.

Setelah habis memborong, kami pulang ke Bab Srijeh. Tetapi sebelum itu ramai-ramai minum freez. Freez ialah farawlah di sisi orang-orang dataran Syam. Dalam perjalanan kaki ke rumah Ust Nasir, kami jalan-jalan di dalam pasar basah Bab Srijeh yang kering. Benarlah tanah ini tanah barakah. Banyak sekali hasil-hasilnya dari buah-buah yang gemuk-gemuk dan cantik-cantik hingga ke daging-daging ternakan dan ikan-ikan yang besar. Yang menarik perhatian aku ialah mukhallil atau turshi mereka. Kalau di Mesir ia terbiar terendam di dalam baldi tetapi di sana ia tersusun rapi dan warnanya cukup mempesona. Sayang sekali tidak diambil gambar.



Tiba di rumah, nampaknya ada tamu. Di depan mereka terhidang sejenis lagi hidangan. Namanya Sofihah. Semacam pizza yang serba ringkas. Di sebelah kiri ialah Sofihah dengan tomato dan cili dan di sebelah kiri ialah sofihah dengan jubnah (keju). USt Nasir sangat bagus. Dia sediakan yang terbaik sahaja untu tamu-tamunya. Katanya,
"Ini ana beli dekat kedai nombor dua (nombor dua paling sedap) sebab kedai nombor satu dah tutup."
Setelah makan dan berkenal-kenal dengan tamunya, Ust Nasir belum puas hati dan kami diheret keluar lagi ke beberapa tempat yang belum dituju...

Nampaknya belum sampai yang akhir lagi...

Tuesday, December 25, 2007

Mabrouk 3awasyir

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar."




Inilah dia dzib7in 3a6'im yang dimaksudkan. Seekor kibash. Gambar yang dikirimkan oleh seorang kenalan di Rabat. Serupakah dengan kharuf kita di sini? Di Maghribi, kalau diucapkan selamat hari raya, mereka bakal menjawab dengan mabrouk 3awasyir. Bercakap tentang gerban, suka aku melihat orang-orang tua di korok kampung aku menyiang daging. Kalau ada keramaian, kerja-kerja menyiang daging diserahkan pada orang laki-laki. Mula-mula mereka ambil batang pisang dan diletakkan lintang di depan mereka. Kemudian mereka pacakkan/lekatkan pisau mereka dengan mata ke atas di atas batang pisang itu. Daging-daging pun disiang dengan melalukan sahaja di atas mata pisau. Tak perlu banyak bergerak tangan.

Adapun, banyak antara kita yang mengaku telah berkorban tetapi banyak pula yang menyumbang cuma. Apakah di sana ujud perbedaan berkorban dan menyumbang?



Jika dalam saku kalian punya 10 genih dan kalian keluarkan lima genih kepada yang memerlukan, kalian bukan berkorban bahkan baru saja menyumbang. Tetapi jika kalian saku kalian punya 10 genih dan kalian keluarkan semua atau lebih lagi maka barulah namanya berkorban.

Maka itu, harus dibedakan antara menyumbang dan berkorban...

Friday, December 21, 2007

Jemelih Gerban


Amaran: Entri panjang yang penuh dengan imej-imej dan aksi 18SG yang mungkin mengganggu ketenteraman anda serta banyak mengandung lawak dalaman.

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). "



Berkorban apa saja, kambing atau pun unta~
Lirik oleh: Tuan Presiden PERUBATAN



Unta yang masih gagah berdiri.



Ramai orang datang ambil gambar unta kena sembelih.



Farid merebahkan seekor kambing.



Unta gagah yang rebah. Unta disembelih di pangkal lehernya.



Kumpulan di bawah kelolaan saya sedang diselia Tuan Presiden.



Abu Fateh di balik bayang-bayang kaki unta minta gambar sekeping.



Lagi kaki-kaki unta.
Pakcik tukang sembelih di sebelah kanan: Ha korang tengah mengajar anatomi eh?



Afiq: Takde la, kena potong macam ni...



Team memasak tiba. Tukang masak sudah bercekak pinggang dengan komen dan komplen dalam senyuman walaupun kerja-kerja memasak bakal bermula jam 3 pagi kemudian.



Kumpulan kelolaan saya. Kumpulan empat kambing pertama.



Di sebelah kanan, makcik arab pertama yang menunggu menagih daging.



Para pekerja unta sedang melingkung.



Suasana di jabatan unta.



Bos-bos yang menjayakan program.



Anak-anak buah saya yang keras berusaha. Alba minta sekeping gambar.



Faris menunjukkan skil melapah kepala sambil Firdaus memegang.



Jiman didatangkan khas dari Iskandariah demi mengapak tulang belakang unta.



Arepudin turut memarang tulang belakang unta dengan cekak rambut setelah jambul depan mengganggu kerja-kerja.



Bos sedang memikirkan prospek program.



Jackster yang sudah tiada kerja minta sekeping gambar. Bos bahagian peralatan sedang memegang buku inventori peralatan agaknya.



Budak-budak yang dah tamat kerja atau sedang melegakan pancit.



Dzul sedang mengapak protein.



Esoknya sepetang asar aku bergelak-ketawa sampai merah muka, keluar air mata dan sesak nafas dengan YDP Kelantan di rumah Farid.



Apes suspek hydatid cyst, Bidil suspek embryo.



Ishak tabah melakukan kerja-kerja mulia (buang taik dari perut).



Dzul di sisi protein-protein.



Pemenang sedang mengepak rusuk unta.



Anak-anak yang kagum dengan vilus kambing.


Apong didatangkan khas dari tanah air demi membungkus daging. Sementara itu, Ezainy menghilangkan kesunyian akibat kembarnya ke Sudan dengan menimbang daging.


Masyarakat study gempar dengan kehadiran Bobby. Orang Alex pasti berbangga. Mungkinkah program melapah punya educational value?


Pisau-pisau berjasa. Tangan gagah Ehmad sedang bermain parang.


Ambe menjadi juru bahagi. Sempat jeling pula.


Anjing liar yang mencuba nasib mencari rezeki.



Bos kecik sedang berbincang dengan bos besar.



Dzul masih mengapak protein.



Tiba-tiba Medina Fostat Gedida menjadi gelap-gugup, gelap-gelemat.



Jo'ong...



Ayep sanggup berkorban meninggalkan ibu dan adik di rumah demi mengapak unta. Tidak turun ke Mansoura raya kali ini.



Bercotek-arek, berceretek menunggu diagihkan kepada fakir miskin.



Abang sental dari rumah sampai ke luar istiqamah dengan kerja-kerja menyental.



Pisau-pisau berjasa. Macam senjata rampasan polis pula.



Akhirnya tuhan turunkan hujan...



Tapi hujan Mesir tidak cukup lebat untuk mencuci kotoran. Kena juga bayar bawwab dengan harga mahal setelah puas bergaduh. Dzul masih tidak puas hati sampai hari ini.



Ceroj minta gambar sekeping. Ammar (bos makanan), paling kanan yang memakai baju yang didakwanya sendiri buruk, cuba menggunakan kereta himar untuk mengangkut makanan tetapi akhirnya tenaga manusia juga digunakan. Nasib baik aku masih belum ada ilham untuk komen Yusri

Begitulah sudahnya projek mega PERUBATAN. Terima kasih semua yang datang terutamanya ustaz-ustaz Kelantan, Kedah, Perlis dan Shoubra yang banyak memberi tunjuk ajar. Sekurang-kurangnya apa yang dikhuatiri oleh warga-warga tua tidak berlaku...