Etto... Siri Dataran Syam bakal sampai ke hujungnya. Sejak tengah hari kami melawat ke Masjid Besar Umawi, itulah hari terakhir kami di situ...
Bab El-Saghir dan pusara tua.
Ano... Dari Istana Azem, kami berjalan kaki keluar dari Kota Lama Damsyik menuju ke pintu belakang kota yang juga pintunya paling kecil, Bab El-Saghir. Seperti mana kami/kita di Kaherah ini, kota lama kita juga dikelilingi tembok dan punya pintu-pintu pula. Seperti Kaherah ini, masih ada satu dua gapura yang masih kekal dan yang lain hanya tinggal nama. Antaranya, di kota Kaherah ini, Bab El-Lok, Bab El-Khalk, Bab El-Sha'reyya, Bab El-Nasr, Bab El-Fath dan Bab Zuwayla. Di luar temboklah diletaknya pusara ahli-ahli kota sebagaimana biasa. Itulah yang menjadi destinasi kami petang itu.
Etto... Dalam perjalanan kaki keluar kota, banyaklah pemandangan yang ajaib-ajaib belaka. Di pinggir Kota Lama Damsyik itu, dalam satu lorong, ada tempat perusahaan membuat 'foosball'. Bukan satu dua bengkel, tapi sepanjang-panjang lorong itu menjadi bengkel membuat foosball. Sampai aku terfikir, laku sangatkah benda ini di sini? Ramaikah orang yang main benda ini di sini? Atau apakah mereka ekspot benda ini?
Kedai begini memang banyak di sini. Khusus menjual unta panggang. Kami cuba juga cari malam itu, tapi kempunan. Tapi ini satu-satunya yang buat seperti di bawah ini.
Sebaik-baik di luar kota, muncul pula perusahaan membuat nesan. Adapun, kuburan di dataran Syam serupa dengan kuburan di tanah air kerana yang ada di Mesir berbeda sekali. Banyaklah jenis-jenis nesan yang dipahat dan yang paling unik sekali, nesan dengan lambang Hezbollah. Keluarga Asad dan Hezbollah teman rapat.
Ano... Mula-mula sekali kami ziarahi Sayyidina Bilal bin Rabah Al-Habsyi radhiallahu 'anhu. Seperti yang semua kenal, beliau ialah mu'adzzin Rasulullah. Hamba hina yang tertindas, dibebas oleh Abu Bakar dan diangkat darjat oleh kerana Islam.
Berbetulan dengan lawatan kami ialah Hari 'Asyura'. Sewaktu kami menziarahi makam beberapa ahlul bayt, bersama-sama kami ialah sekeluarga Syiah. Wanitanya berpakaian litup berwarna hitam. Mereka ke setiap penjuru makam dan mencium kemudian menekapkan dahi.
Setelah menziarah salah seorang Ummul Mukminin, kami menziarahi/lalu di sebuah kuburan korban peristiwa Karbala'. Seperti di papan tanda ini, nampaknya hanya kepala mereka berada di sini.
Etto... Kerana perut pun sudah lapar, kami masuk semula ke kota mencari habuan. Beginilah Souq El-Hamidiya di waktu siang. Aku terpandang seorang makcik yang memakai niqab. Tetapi lain sedikit dengan yang biasa dilihat (kelakar). Niqabnya betul-betul di bawah hidung, menutup mulut sahaja.
Gadis-gadis Syria, waduuuh! Katanya orang, kalau pilih sambil menutup mata pun tak akan menyesal. Cerah belaka, gelapnya tiada (setakat yang nampaklah). Pakainya sopan. Kerana musim dingin, semua mengenakan baju sejuk labuh seumpama jubah. Maaf tak ada gambar.

1 comment:
kepala unta..unik!
Post a Comment