
Apakah engkau tidak merasa aneh?
Mereka sungguh-sungguh seluruh alam datang beramai-ramai serba putih ke lembah gersang.

Apakah engkau tidak merasa pelik?
Kemudian mereka berjalan-jalan beramai-ramai tujuh pusing keliling sebuah bongkah batu.

Apakah engkau tidak merasa ganjil?
Kemudian mereka berlari-lari dari sebuah bukit ke sebuah bukit berulang-ulang pergi dan balik.

Apakah engkau tidak merasa ajaib?
Kemudian seramai-ramai mereka itu berkumpul duduk-duduk di sebuah padang di tengah gurun.

Apakah engkau tidak merasa janggal?
Kemudian melontar pula tiang-tiang atau dunding-dinding batu dengan batu-batu kecil.
Kerana haji mengajarmu berkata YA.

Hari ini ialah hari demonstrasi ummah besar-besaran.
1 comment:
SLMT ARI RAYO AJI MA~!!
Post a Comment