Aku berpeluang bercakap dengan Pakcik Paul. Pakcik Paul ialah wakil Socialist Workers Party di Amerika Syarikat. Dia menjaga gerai Parhfinder Press dekat Pesta Buku AUC tahun lepas. Pahtfinder Press ialah sayap penerbitan parti itu yang banyak menyokong Revolusi Cuba.
Mungkin sebab aku kidal jadi aku memang miring ke arah kiri walaupun di sini aku tak pulak bersama dengan puak-puak HALKI dalam PERUBATAN tapi lebih senang menjadi puak HALAT (haluan atas) atau HALBA (haluan bawah).
Aku memang tertarik dengan kitap-kitap tentang tokoh-tokoh yang tersandar di gerai itu mcm Ernesto Che Guevara, Haji Abdul Malik Chabazz atau Malcolm X. Jadi aku minggir dekat intai-intai apa yang sedap, intip-intip harga yang patut.
Tiba-tiba Pakcik Paul bertegur-sapa. Mula dengan sembang-sembang untuk memcahkan air batu sampailah Pakcik Paul mula menerangkan tentang visi dan misi dia orang. Dikaitkan dengan kebangkitan rakyat Mesir baru-baru itu. Dikisahkan tentang idea-idea Malcolm X walaupun langsung tak disebut tentang Islamnya. Banyak butir yang aku lupa sebenarnya.
Kemudian aku tanya, "Jadinya sama macam Michael Moore?" Pakcik Paul jawab sambil mencebik sikit dan mengangkat bahu, "Orang macam Michael Moore tu takkan betul-betul faham. Sebenarnya, dia tu termasuk dalam kelas menengah. Dia tu professional macam doktor, peguam, jurutera. Kami memperjuangkan kaum pekerja macam makcik cleaner, pemandu bas, pekerja kilang, peladang." Aku pun fikir, amboi puak ni memang teras keras rupanya.
Aku macam dah nak beralih tapi Pakcik Paul masih macam taknak lepaskan aku. Diunjukkan buku-buku oleh mursyidul am dia orang Jack Barnes yang membincangkan kegagalan kapitalisme yang menunggu masa matinya saja. Harganya mahal juga. Kemudian ditawarkan pula langganan The Militant, lidah rasmi Socialist Worker's Party, tanpa bayaran pos.
Kemudian aku baru teringat, walaupun Pakcik Paul sosialis tegar tapi dia masih sedang cuba memasarkan buku-buku dia dekat aku. Boleh tak aku pakai perkataan ironi kat sini. Seorang sosialis yang bergantung kepada market juga.
Tapi kalau tengok The Militant, banyak didedahkan kebangkitan rakyat Amerika yang tak masuk dalam media arus perdana yang jauh lebih awal daripada Occupy Wall Street. Jadi aku rasa puak ni memang teras keras habislah.
No comments:
Post a Comment