Monday, November 14, 2011

Stoa of Attalos

Di kejauhan Stoa of Attalos nampak macam bangunan sekolah.

Macam agora, aku pun ingat stoa ialah sejenis pasar jugak. Tapi lebih daripada itu. Stoa ialah serambi? anjung? Mudahnya stoa ialah laluan untuk pejalan kaki yang berbumbung dan banyak bertiang. Lebih kurang susur gajah begitu.

Stoa di Athens ini yang paling masyhur. Di bina oleh Raja Attalos II dari Pergamon sebagai hadiah untuk Athens yang menjadi tempat beliau mengaji menimba ilmu. Stoa yang berdiri sekarang ialah yang dibina semula pada tahun 50an mengikut pelan asal.

Stoa terbuka untuk awam. Tempat peniaga jual barang. Tempat anak seni pamer hasil seni. Tempat orang agama berjemaah. Biasanya stoa jugak mengandung bilik untuk pejabat pentadbiran atau kedai. Stoa Attalos ini misalnya ada 21 bilik pada dua tingkatnya. Sekarang semua dah jadi muzium.

Stoa ini juga menjadi tempat kelahiran falsafah Stoicism. Mendapat nama kerana tempat pertama pengikut fahaman ini berkumpul ialah di stoa ini. Menurut falsafah stoicism, sifat-sifat mazmumah lahir daripada pertimbangan yang salah. Orang yang mempunyai nilai murni yang tinggi akan terhindar dari emosi-emosi tersebut.

Anarki di Athina LIX

No comments: