Thursday, November 03, 2011

Maher Zeng


Bila aku pakai flat cap begini, dua tiga orang juga kata, macam Maher Zain. Tuan-puan, sumpah aku tak tiru dia. Sebelum lagu-lagu Maher Zain masuk ke lubang telinga tuan-puan lagi aku dah mula pakai topi ni. Tapi apa nak buat, herd mentality masyarakat Melayu. Tunggulah aku pakai trilby atau fedora nanti, orang kata macam Irfan Makki pula.

Aku memang retrophillic dan aku rasa aku agak anachronistic. Jadi aku suka nak hidupkan balik budaya pakai topi yang dah nak pupus. Zaman hari tu, topi ialah pakaian yang wajib macam pakai stokin bila pakai kasut. Siap ada ruling dalam Parlimen untuk pakai topi.

Kemudian bila datang revolusi industri lagi berhajat pada topi untuk lindung kepala dari habuk dan debu. Lagipun musim-musim sejuk ni, lebih-lebih lagi kena pakai topi sebab banyak haba badan bebas ikut kepala. Tapi tu semua mitos Melayu saja, ahahaha.

Tahukah tuan-puan, pakai topi ini ada etikanya. Topi mesti dibuka dalam bangunan atau mana-mana tempat berbumbung. Tapi kalau dalam lobi, lif dimaafkan. Topi mesti dibuka sebagai tanda hormat. Bila nak bercakap dengan orang tua/besar, di kaunter imigresen/tiket misalnya atau bila melawat orang sakit/mati.

Tak kurang juga, mula-mula aku pakai pun orang asyik kata nak pergi main golf. Tapi kalau tanya aku, aku pakai topi begini sebab ia lambang kaum pekerja, kaum buruh, kaum makan gaji, kaum proletariat. Memang tak nafi kaum borjuis memang pakai buat main golf. Jadi kata orang topi macam ini 'classless' dan di situlah terletak kekuatannya.

Atau mungkin aku pakai topi sebab aku dah nak botak, macam Maher Zain jugak. Tapi tak apa jugak orang kaitkan dengan Maher Zain. Jangan Zain yang lagi satu tu sudahlah. Anuar Zain.

7 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

LOL anuar zain! haha.

kalau kat cairo memang topi ni adelah imej bakemal. manade orang lain pakai (paan penah tp sekejap je). go retrophilic!

Q said...

promo la diri kau byk2. ehem! iloike! haha

Amermeftah said...

waruk:
mintak simpang la anuar zain

waruk lu je la yg rajin komenkat blog gua, terharu tau, lu mmg, gua punya dongsaeng

puan qaya:
kata makcik aku, anjing tu kalo dia sendiri tak angkat ekor dia sapa lg nak gi angkat, sapa soh kau skip blog aku beberapa tahun, ni jarang jarang sekali aku tulis pasal diri sendiri tau

sis_aflah said...

sebut bab topi ni kan.. teringat dulu2 (beberapa tahun yg lalu) pernah dengar yang ada orang kata tak boleh pakai topi sbb.. er nmpk sombong ke apa.. lupa dah tp gitu la alasannya lebih kurang.. mcm mana tu?

Amermeftah said...

hahaha, tak tahulah saya kak aflah, agaknya sebab tu kot org putih suruh bukak topi bila baru jumpa org,

tp zaman sekolah dulu mmg, haram pakai topi sudu (cap), menyerupai komunis katanya, mcm jugak ada yg tak bagi pakai fedora, menyerupai yahudi pulak,

sampai kata pakai topi ni diharuskan hanya utk menahan panas terik mentari saja, tak kurang ada yg menganggap topi ni sbg tabarruj atau berlebih-lebih dlm berjanguk,

sombong tak sombong ni atas org yg tgk la, meybi dia ckp camtu sebab dia takde topi kot

sis_aflah said...

hehe.. akak dgr psl topi ni dr org yg duk mesir la masa tu.. tp suka la topi yg mcm maher zain tu.. dh lama berkenan, tp takat berkenan je laa huhu

mohd mirza tan zohri said...

tuan...mana nak dpt topi mcm ni ye?...ada request dr my client utk photoshoot post wedding diaorg...bleh contact sy di wassap 0195246028?...wassap ja tuan, sbb sy guna tab...so bleh imagine kan mcm mana jwb call guna tab hehe...pls contact me back about this hat bro...