Thursday, April 30, 2009

Girl's Day Out

Adik-adik,
sejak bila kata lawan bagi kakak menjadi senior?

Adik-adik,
Sejak bila kalian menjadi Mexican immigrant dengan memanggil semua orang señor?

-------

Choreography, Props dan Idea Asal
I.K. Tan


Tuesday, April 28, 2009

Ong & Suwey

Manyak ong! Talak suwey munya.

Manyak suwey... Talak ong munya.

Kadang-kadang kita dapat banyak ong. Kadang-kadang kita suwey. Tapi semua itu.
Maktub.


Anarki di Athina XV


Sunday, April 26, 2009

Cinta Buya HAMKA

Kata Buya Hamka, cinta itu asalnya dari belas dan kasihan. Dari kasihan dan belas akan naik darjatnya kepada cinta yang akan mula tumbuh. Kemudian cinta yang datang dari kasihan itu akan mula berceding, memekar, berputik dan membuah.

-----------------------------------------------

Buya HAMKA selalunya betul. Katanya, pada lelaki perempuannya itu hanyasanya miliknya seorang. Indahnya, cantiknya, anggunnya tak seorang pun lelaki lain yang boleh memuji bahkan menyebutnya pun.

Aku telah menghalakan kanta kamera ke arah istri-istri orang di meja makan tempoh hari dan termasuk dalam bingkai itu ialah Aniah dan Lina.

Tiba-tiba, Ust Fawwaz sedar! "Eh, anta ambik gambar apa tu Mal?" Maka aku pun cover lah dengan, "Eh takdak apa aih ustat, saja ja. Meh ana ambik gambar ustat satu." Dia pun posing depan kamera.

Buya HAMKA memang betul. Katanya, tapi pada perempuan lelakinya itu seperti dokoh emas yang tersangkut pada lehernya, atau anting-anting yang tergantung pada cuping telinganya atau gelang-gelang berlian yang terikat di tangannya untuk diperagakan, ditunjuk-tunjuk dan dibanggakan.

Sayang aku tak sempat rakam wajah dan betapa gaya Aniah yang memberi tumpu dalam bangga saat Ust Fawwaz memberi ucap dan ingatan.

Syazwan berjaya mendidik Asma minum air Fayrouz.

Kadir pula semakin westernized setanding istri.

Anugerah pakaian terbaik dimenangi Iqbal yang mengenakan sepersalinan lengkap pakaian kebangsaan dan Mede berpakaian seperti budak-budak baru balik mengaji.

Aku tak minat sangat nak cakap pasal bab nikah kahwin tapi dek kerana puak-puak ni macam dah tak ada topik lain nak bersembang tanpa mengambil kira perasaan beberapa orang yang belum ada rezeki utnuk berpunya maka aku ikutlah.

Tahun ni, kita dah tak bertukar-tukar gambar lagi kan...

-------------------------------------------------

Tapi katanya lagi, kalau cinta yang subur dan terangkat dari kasihan dan belas itu jatuh kembali kepada kasihan maka padahlah.


Saturday, April 25, 2009

Obelisk of Theodosius

Mengadap Sultan Setambul VI

Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.

Monumen tertua di Istanbul. Obelisk yang dipacak oleh Firaun Thutmose ketiga di kuil Karnak 3000 ribu tahun dulu. Kemudian Maharaja Theodosius pertama menculiknya ke Konstantinopel 1700 tahun dulu sebagai menyambut ulangtahun ke 20 pemerintahannya.

Permukaan obelisk diukir dengan hiroglif yang menceritakan kemachoan Firaun Thutmose dan betapa mantapnya keimanan beliau sehingga digambarkan dewa Horus bergandingan dengan beli
au. Pangkal obelisk disokong dengan kaki yang dibuat dari marmar yang ditambah selepas penculikan ke Konstantinopel. Ada empat muka yang menceritakan perihal Maharaja Theodosius pertama yang antara lain

Maharaja menghulurkan hadiah kepada pemenang.

Maharaja dan isi istana.

Allah Kabulese

Thursday, April 23, 2009

Politik Cinta



Sila baca dengar entri ini sambil dengar lagu IS IT YOU? Nyanyian hitomi.

Aku paling tak minat buat rebiu (ulasan/review) kedai makan, buku, atau filem.

Malam ni aku nak buat rebiu drama. Drama Jepun tajuk dia Shotgun Marriage atau terjemahan tajuk Jepun dia secara literal 'Berkahwin Kerana Mengandung'.

Kisahnya Yutaka Takenouchi dan Ryoko Hirosue (aku lupa nama watak, pakai nama pelakon sajalah) telah ber'
one night stand' walaupun tak pernah kenal dan baru kali pertama berjumpa ketika dalam satu percutian. Akibatnya Ryoko mengandung yang patutnya orang panggil bunting pelamin. Jadi dia orang terpaksa kahwin. Macam dalam kisah cinta biasa dalam atau luar cerita banyak masalah timbul.

Ada perempan minat Yutaka. Ryoko jadi jeles. Yutaka pulak cemburu. Ada laki minat Ryoko. Ryoko pulak asyik melayan laki-laki lain lebih-lebih. Ryoko terasa Yutaka tak serius dan main-main. Yutaka pulak rasa Ryoko tak hargai dia. Ryoko pulak bila Yutaka lambat sikit ucap hari jadi kat dia atau lambat sikit angkat telefon terus merajuk. Yutaka pulak cepat sangat bosan dengan Ryoko yang kuat merajuk, mengada-ngada dan terlalu sensitif. Tapi akhirnya masing-masing dapat terima satu sama lain sebagai pasangan yang ditakdirkan. Kemudian muncul pulak bapa Ryoko yang konservatif sampai Yutaka dan maknya berjumpa bapa Ryoko macam petani mengadap daimyo.

Pun, akhinya aku tak dapat tahu kesudahannya kerana tak dapat tengok episod akhir sebab petang itu ada kelas tambahan Matmatik Tambahan. Setiap episod ditutup dengan lagu IS IT YOU? Nyanyian hitomi dan macam drama Jepun yang lain dua tiga adegan penting episod tu ditayang semula.

Di bahagian bawah kredit tu ada karikatur kereta antik yang Yutaka bawa dalam drama yang ditunjukkan sepanjang lagu tema berjalan atas jalan yang sekejap rata sekejap berbonggol sekejap rata sekejap bergunung sekejap rata sekejap bergerigi dan akhirnya rata yang menunjukkan love life Yutaka dan Ryoko sekejap up sekejap down
sekejap senang sekejap susah tapi akhirnya ok juga dan dia orang tetap naik kereta sama-sama.

Sebab Yutaka dan Ryoko tahu dia orang tak boleh lari ke lain. Dia orang cuma ada antara satu sama lain. Tak macam orang lain yang agaknya sebab dia rasa dia laku atau dia rasa dia ada banyak calon lain jadi dia tak hargai apa yang dia dah ada. Agaknya dia orang ni tak rasa betapa mahalnya nak dapat orang yang dah lama kita minat diam-diam tapi rupanya dia pun minat kita atau betapa susahnya nak dapat orang yang semua orang pun minat kat dia atau semua orang pun target dia tapi dia minat kat kita sorang saja. Macam mimpi. Macam dream come true.

Sebab ini semua jalan untuk kita sama-sama grow up.
Cakaplah terang-terang. Tapi yang lagi penting dengarlah dulu. Dengar betul-betul.

Wednesday, April 22, 2009

Koran

Satu lagi yang aneh, selain air yang dijual merata-rata, tidak ada langsung gerai menjual akhabar di Matruh. Semua akhbar dijaja dengan basikal yang menampakkan betapa pentingnya akhbar bagi daerah jauh itu.

Di kawasan Mounira ini, ada seorang pakcik yang akan berbasikal keliling sini antara jam 11.45 malam dan 12.15 malam sambil menjerit, "Aaaaappp!" Lepas bertahun-tahun mendegar barulah aku dapat tangkap rupanya dia menjerit, "Ahraaammm!" Pakcik itu menjaja akhbar al-Ahram edisi esok yang terbit tengah malam itu.

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XXIV

Monday, April 20, 2009

Restoran al-Emam



Kofta yang kurang menarik menutup Kebab di belakang yang lebih anggun bersama roti Ish goreng sebagai pembuka selera yang tak ada siapa layan. | Ish Syami, Tahina dan Salata yang nescaya tak ada siapa sentuh kecuali Suib yang suka sayur dan Israk yang tak nak membazir. | Gambari celup tepung yang manis, lembut sampai ke kepala bersama gegelang Subit. Dijamin tidak gatal. | Firakh Mahsyi -bukan mashwy ya- yang susah nak dapat menggantikan Hamam Mahsyi (merpati sumbat nasi) yang dah biasa.

Restoran al-Emam, Sayeda Zeinab. Dekat dengan Abou Rish menghala ke Masjid Sayeda.

Sunday, April 19, 2009

Ha-kho-me-ne-shi

30 Tahun Revolusi Islami V

Paulo kata, kalau nak jalan-jalan jangan pergi muzium. Katanya walaupun naishat ni agak tak munasabah tapi kita ke tempat orang bukan nak tengok masa lampau. Kita nak tengok, belajar dan feel apa yang berlaku sekarang. Tapi sebab Iran ni misteri dan orang cuma sibuk bincang Turki Uthmaniyah sampai lupa atau tak tahu apa yang jadi kat Iran masa tu maka aku kira oklah. Apa pun, aku agak tak boleh belah dengan orang yang cuba melawak konon mesra walaupun tak pernah kenal dengan berkata, "Ni kija melanjong ko mengaji nih, huhu."

Orang Mesopotamia (Iraq) kononnya yang pertama buat roda. Yang ini umurnya 4000 tahun jumpa dekat satu ziggurat. Bila tengok tayar ni aku teringat cakra Asoka yang dekat bendera India tu. Tapi yang tu ada 24 lidi.

Singa ni nampak macam patung guardian lion yang dekat pintu masuk tokong atau dewan-dewan perniagaan cina.


Phuong kata dua tiga hari sebelum kami sampai dia baru habis exam sejarah Iran yang memang kena ambil. Bayangkan betapa susahnya nak belajar sejarah Iran dalam bahasa parsi. Empayar Achaemenid jadi Hakhomeneshi, Xerxes jadi Khoshoyorsho. Payah gila dia nak sebut kat kami.

Kalau yang kat depan tu Kurush (Cyrus) maka yang kat belakang tu Darius. Kalau yang kat depan tu Darius, maka yang kat belakang tu Khosyoyorsho (Xerxes yang konon dalam filem 300 walaupun itu tipu sebab dia tak pernah turun ke medan perang, jeneral dia saja turun).

Serdadu Parsi.

Kita cuma tahu sphinx yang dekat Mesir saja. Tapi dari Greece sampailah Parsi pun ada sphinx. Keling pun ada sphinx.

Patung Khosyoyorsho gamaknya. Dekat jubah sebelah kiri ada tulisan elamite dan sebelah kanan ada tulisan hiroglif Mesir sebab Parsi waktu itu menjajah Mesir.

Orang Parsi zaman dulu suka dreadlock dengan janggut.

Patung lembu dekat tiang pagar di Persepolis.

Friday, April 17, 2009

Yahudi dan (lemak) Babi



Aku pergi rumah Hazri. Aku tengok kole Kamal. Kole Juventus. Dzul kata lawa kole ni. Aku kata, alah ni mesti dia buat dengan tulang babi. Kami semua gelak.
Orang Melayu ada satu paranoia. Asal makanan sedap mesti ada lemak babi. Asal orang kaya, syarikat besar, sistem hebat mesti orang Yahudi atau dari Yahudi.
Maka, wujudlah kecenderungan untuk aku membuat kesimpulan. Yahudi ialah bangsa yang paling bagus, bijak dan perfek sementara babi ialah binatang yang paling berguna, serbaguna, sedap lagi lazat berkrim.

Sebagai respon/menyambut ini dan ini.

Wednesday, April 15, 2009

Anarki dalam Seni

Sebagai tempat kelahiran demokrasi, Greece amat biasa dengan demonstrasi, mogok dan rusuhan yang membawa kepada kelahiran anarki.

Sebagai sebuah bandar terbesar dan ibu kota negara, grafiti sudah tidak asing lagi di dinding-dinding kotaraya Athens. Walaupun menjadi suatu masalah di sebaliknya menjadi suatu tarikan seni.

Sesetengahnya sudah menjadi ikon.

Ada yang menyentuh isu agama.

Menyentuh isu politik.

Anarki di Athina XIV

Tuesday, April 14, 2009

Pilih Menantu


Orang tua-tua lama pun tahu, kalau nak pilih menantu pilihlah yang ada agama, tengok titih keturunannya, yang elok rupa cukup sifat dan ada
harta pula. Orang tua-tua lama tahu itu dari tok-tok guru mereka. Pun, mereka ada kaedah-kaedah sendiri untuk mendapati hal-hal selain yang disebut tadi atau hal-hal yang disebut tadi.

Orang Tionghua memilih menantu dengan melihat kepada punggung. Punggung yang besar dipercayai menjamin kesuburan. Dalam perbidanan pun memang diketahui punggung yang besar memudahkan beranak.

Orang Melayu melihat kepada tangan. Bertepatan dengan ajaran Nabi yang (hanya) membenarkan melihat (hanya) tangan bakal tunangan. Tapi orang Melayu melihat pada kura tangan -bahagian tangan yang kebalikan tapak tangan, punggung tangan. Kalau kura tangan nampaknya gebu insya Allah Taala subur. Tapi kalau kura tangan nampaknya kering kasar maka sebaliknyalah.

Adapun selain melihat pada batang tubuh, orang tua lama pun ada membuat kiraan lain juga. Antaranya menggunakan kaedah empat unsur alam tanah, air, api dan angin. Anak sulung dikatakan berunsur tanah, yang kedua air dan begitulah seterusnya dan anak kelima berunsur tanah semula dan begitulah pusingannya.

Orang yang berunsurkan tanah dikatakan teguh, kejap seperti tanah. Orang yang berunsur air pula lembut dan menyejukkan, yang berunsur api memendam tapi sekali-sekala marak meyala pun mudah pula untuk pendam semula. Unsur yang paling susah ialah angin kerana angin tak punya bentuk tetap, sukar diduga, payah berkira dan semua mesti ikut kehendaknya.

Maka begitulah dipasang-pasangkan anak. Tanah paling neutral, sesuai dengan mana-mana. Air pula boleh menyejukkan atau memadam atau menjinakkan api. Tapi angin kalau bersama-sama api, akan semakin besarlah api dan kalau angin bersama air akan membadai bertukar menjadi ribut atau ombak yang tinggi. Adapun tanah yang kejap dan kukuh sajalah yang mampu menahan angin.

Kaedah yang lebih mudah ialah hujung sama hujung dan tengah sama tengah. Iaitu anak bongsu atau sulung elok dinikahkan dengan anak yang juga bongsu atau sulung dan anak yang di tengah tak kira nombor berapa pun elok dengan yang tengah juga. Konon pasangan yang disusun begitu lebih senang hidupnya dari segi ekonomi dan kewangan.

Maklumat yang baru diperoleh daripada saudara Hidir ialah bagaimana orang tua-tua lama menelah siapa yang bakal mendominasi atau pergi lebih jauh atau lebih berjaya dalam keluarga. Suami atau isteri? Iaitu dengan membuat kiraan baris-baris dalam ejaan nama pasangan.

Sifirnya, baris atas dua markah, baris bawah satu markah dan baris depan tiga markah. Sebagai contoh pasangan Tengku Abdulkadir dan Zaatil Iffah. Menurut kiraan Kadir mendapat 12 mata manakala Zaatil mendapat enam mata yang menunjukkan Kadir bakal lebih mendominasi. Nama -pasangan yang dipakai hanyalah sebagai misal saja.

Maka begitulah adanya.

Monday, April 13, 2009

Yılanlı Sütun

Mengadap Sultan Setambul V

Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.

Serpent Column

Tiang ular ini ditempa oleh orang-orang Yunani dan dipacakkan di Delphi, Greece yang kita bakal ketemu dalam blog ini nanti demi menyambut kemenangan mereka bertempur dengan tentera Parsi. Tiang ini asalnya ada tiga kepala ular di atas yang menyokong seketul tripod emas. Tripod emas ini sekali lagi telah dicuri tentera salib keempat yang menakluk dan banyak melemahkan Konstantinopel.

Konstantin pertama yang menganguktnya ke sini. Konon, kepala ular itu patah kerana diketuk seorang bangsawan Poland yang mabuk. Konon, Mehmet kedua setelah masuk ke Konstantinopel mematahkan rahang salah satu kepala ular dengan cokmar atau kapaknya untuk menunjuk macho atau mengetest power yang pada mata mereka tiang ular ini sebahagian daripada berhala.

Örme Dikilitaş

Mengadap Sultan Setambul V

Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.

Walled Obelisk

Konstantin ketujuh yang konon membinanya tapi sebenarnya tak tahu siapa. Dia cuma baiki saja. Dulu-dulu tiang ni ada hiasan-hiasan tembaga yang menggambarkan kejayaan maharaja dulu-dulu tapi semua telah kena curi dek tentera salib yang memberikan poin kenapa Konstantinopel boleh atau mudah jatuh ke tangan Mehmet kedua. Yanisari -askar elit Uthmaniyyah yang direkrut daripada anak-anak Kristen eropah timur yang diIslamkan- muda suka panjat tiang ini untuk menunjuk macho. Jadi tiang ni banyak rosak disebabkan itu.