Mengadap Sultan Setambul VI
Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.
Monumen tertua di Istanbul. Obelisk yang dipacak oleh Firaun Thutmose ketiga di kuil Karnak 3000 ribu tahun dulu. Kemudian Maharaja Theodosius pertama menculiknya ke Konstantinopel 1700 tahun dulu sebagai menyambut ulangtahun ke 20 pemerintahannya.
Permukaan obelisk diukir dengan hiroglif yang menceritakan kemachoan Firaun Thutmose dan betapa mantapnya keimanan beliau sehingga digambarkan dewa Horus bergandingan dengan beliau. Pangkal obelisk disokong dengan kaki yang dibuat dari marmar yang ditambah selepas penculikan ke Konstantinopel. Ada empat muka yang menceritakan perihal Maharaja Theodosius pertama yang antara lain
Maharaja menghulurkan hadiah kepada pemenang.
Maharaja dan isi istana.
Allah Kabulese

No comments:
Post a Comment