Satu benda yang aku tak faham ialah kahwin rahsia.
Ada kumpulan-kumpulan tertentu yang melaungkan kata-kata 'kikislah karat-karat jahiliyah'. Adapun untuk sesetengah pihak jahiliyah itu jadi berbeda-beda. Ada yang menafsir jahiliyah itu sufi, salafi, syi'i atau haraki. Dalam sibuk berperang dengan jahiliyah tafsiran masing-masing banyak pula yang lupa jahiliyah utama yang pelan diam meresap dalam semua. Jahiliyah sekularisma.
Mari menuding jari ke jihat barat seperti biasa.
Di barat mengikut acuan Hollywood, kalau ada orang yang cakap, "I'm getting married next month," dalam gembira kawan-kawan dia akan kata, "Oh man, why? We're still young, enjoy life," atau lebih berat lagi, "What? Married? Hahahahaha!" sebab di sana kahwin bererti end of life selain sesuatu yang memalukan, lame dan tidak cool.
Tapi kalau ada orang cakap, "Hey! Guess what? I got laid last night. With 'whoever name sounds sexy.'" dan kawan-kawan dia akan kata, "All right! Way to go man!" Kerana di sana hilang dara atau teruna sebelum kahwin ialah sesuatu yang membanggakan.
Secara mudahnya, orang barat suka menghebohkan kerja jahat sendiri dan kerja baik semacam kahwin disorok. Orang muda kita pun sekarang macam itu. Semakn menuju ke sana dalam tak sedar. Menyorok nikah kahwin. Barang baik itu janganlah disembunyikan. Malang, orang yang melaung supaya mengikis karat jahiliyah itulah yang kahwin rahsia.
Kasus-kasus kelakar
Kasus satu
Seorang perempuan menelefon seorang kawan dan bertanya," Engkau balik tahun ni?" Kawannya itu tak balik. Dia pujuk kawannya, "Jomlah balik tengok kawan-kawan kita kahwin." Kerana berbetulan memang ada kawan mereka yang bakal kahwin dan tidak merahsiakan. Dia pujuk berkali-kali, "Jomlah balik tengok kawan kita kahwin." Padahal dia sendiri yang nak kahwin. Busuk.
Kasus dua
Dua kawan sedang belajar di luar negara. Salah seorang kahwin tetapi kawan di tanah air tahu lebih dulu dengan alasan dia pemimpin besar sebuah pertubuhan besar.
Kasus tiga
Seorang perempuan juga, berkahwin tanpa pengetahuan rakan-rakan seumur. Tapi majlis pernikahan penuh dengan jemputan lain sampai pintu surau. Alasannya itu majlis pernikahan, majlis kenduri nanti jemputlah. Sudahnya rakan-rakan seumur tidak juga dijemput malah tak tahu pun kewujudan majlis kenduri. Tetapi budak-budak lain yang entah kenal entah tidak dijemput hanya semata-mata mereka dari kumpulan yang sama. Rakan-rakan seumur yang tidak ikut kumpulan tiada jemputan.
Merahsia pertunangan boleh diterima. Merahsia kerana tidak cukup bajet pun boleh lagi.
Ini bukan soal kumpulan itu dan ini tapi ini soal mentaliti dan kematangan. Tapi kalau ahli kumpulan tertentu yang buat macam itu nampaknya macam itu sebahagian ajarannya, nasiblah (sempat lagi). Macam mana tuan-tuan tubuh tu nak expect mengadap kita di hari tua bersama anak-anak masing-masing sedang dalam kepala aku berputar dulu-dulu masa kau nak 'valid'kan proses membuat anak tu aku tak tahu pun atau tak jemput aku pun. Aku tak taruh dendam malah don't give a damn tapi aku ingat.
Ini akibat terlalu lama berjauhan dengan orang tua, hidup sendiri-sendiri sama-sama, belajar faham-faham yang entah apa dan akhirnya sudah tak faham lagi adab, adat, budi bahasa dunia. Tak tahu lagi siapa yang patut diberitahu dan siapa yang tak patut. Macam mana nak beritahu dan macam mana yang tak patut. Siapa yang patut dijemput dan siapa yang tak patut.
Dan sudah tentu tulisan begini akan dianggap golongan pengikis jahiliyah sebagai tulisan marah daripada ilmiah. Merahsiakan kahwin sesuatu yang menyusahkan. Tunggu sajalah kad dari aku.

10 comments:
masalah budak-budak tak matang zaman kini yg konon nak dipandang sbg 'matang' dgn label 'dah kahwin.'
pathetic idiots.
nk buat mcm mana, zaman kini mereka kahwinkan diri mereka; tak mcm dulu-dulu zaman jakpa tonggek bila mak bapak yg kahwinkan anak-anak.
oh oh tunggu aku nak ckp jugak pasal tu
hahahaha. kasus dua macam pernah dengar di mana-mana.
Eheh..abg akmal sudah berketerampilan bercerita tanpa gambar..kisah kahwin pulak tuh..
well,suka baca blog ni...mcm old style,...suka cite yg macam "kampung2" dalam blog ni, dah stahun dah follow,gambar pun comel2... tetiba rasa macam nak komen ...well, skarang dah cite pasal "orang2 besar"pulak....hmmm(",)
saya ni muda lagi, nampak mcm dah tua,citer hal-hal org tua, tp sebenanya muda lagi, baru nak tua, dah sampai masa lah tu...
salam alayk..
da nk kawen ke abg akmal hehe
salam
peringatan untuk semua. lepas ni kalau nak kahwin, mesti berlaku adil dan bgth semua orang. xtahu mengapa perlu merahsiakan perkara baik mcmni.
Elakkan bias amalkan keadilan.
wallahua'lam
Dalam gambar entri tuan rumah pasal sahabat-sahabat mesir kahwin di malaysia yang ditag 'Ni kahwin tak bagi tahu' tu siapa sebenarnya?
Kahwin rahsia. Shadz. Shadz dengan Sunnah dan tradisi.
Kalau kawan seumur sendiri kita lupa, waktu beruban kepala, pada siapa kita nak berkongsi cerita, bertepuk tampar dan menyalakan tembakau (bagi orang-orang dulu) bersama?
Muafakat.
salam puan salman
yang kawen tak bagi tau tu org lain tp gambarnya di situ juga, sy tak kisah klau org yg jauh-jauh atau tak kenal rapat, tapi kalau dah tiga pat thn tinggal sebumbung, terasa juga
Post a Comment