Friday, October 07, 2011

Biskut Arab

Lama jugak saya duduk di negeri Arab tapi tak pernah saya jumpa biskut raya begini. Biskut yang saya pernah jumpa rasa lemak-lemak semata tepung tawar heber saja. Jadi tak tahulah saya dari mana atau di mana Arabnya biskut ni.

Adapun nak membuat biskut ini paling mudah di dunia. Ini sajalah biskut yang adik saya suka/tahu/rajin buat. Kenapa saya tak tahu lagi awal. Kalau tidak tiap-tiap hari pun boleh makan kuih raya. Lamun, yang menyusahkan untuk membikin biskut ini ialah bahan yang paling utama iaitu kerajinan. Maka sebagai abang mithali yang memanjakan adik sendiri saya pun cubalah buat sendiri lepas-lepas zohor sambil menunggu masuk dapur lepas asar.

Apapun, bahan yang butuh ialah
  • Minyak sapi
  • Gula Kastor
  • Tepung Gandum
Nisbah antara gula kastor dengan minyak sapi ialah 1:1 manakala nisbah antara minytak sapi dengan tepung gandum ialah 2:1. Sebermula, gula kastor dan minyak sapi dikacau hingga sebati. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata. Selepas itu, langkah yang paling leceh melainkan ada banyak kakitangan ialah gentel mengikut bentuk yang disukai -bentuk yang diterima umum ialah bulat. Akhirnya, bakarlah dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius selama 20 minit.


Bagaimanapun, biskut saya gagal sejak dari mula sebagaimana percintaan saya juga. Belum pun habis masuk tepung sudah jadi keras dan kering. Akhirnya sebab minyak sapi dah habis, tambah marjerin saja yang menyebabkan biskut jadi terlalu lembik dan dalam ketuhar jadi leper pula.

Pada malamnya, dalam perlawanan Scrabble hampir berlaku perdebatan antara saya dengan abah yang menegaskan ghee ialah jenama sedangkan saya pula menegaskan ghee ialah istilah.

4 comments:

sis_aflah said...

hehe gelak2 baca entri ni.. ramai org suka biskut ni, tp tak tahu la kenapa akak tak suka.. ingat2 mcm pernah rasa sekali je zaman kecik2 dulu..

Amermeftah said...

mesti masa kecik akak termakan versi yg tak sedap ni, sebab tu fobia sampai tua, haha

memang sedap biskut ni, tp bila dah selalu makan tu, dah kalih pulak

sis_aflah said...

ehem.. belum tua lagi, baru remaja dewasa ;p
mungkin betul juga,kot termakan versi tak sedap dulu2..
tp skrg ni pun dh makin jrg makan biskut.. raya pun byk makan kerepek je..

Amermeftah said...

zaman skang mmg kerepek paling laku, sedap, tuan rumah pun mudah, tunjuk je kat kedai, hari-hari biasa pun ada