Aku sudah menonton Fitna. Adakah ini menjadikan aku seorang liberal? Aku menonton atas beberapa dasar iaitu pertama Scientia potentia est, kedua seperti ajaran Sun Tzu kalau mahu menang kenal diri sendiri dan kenali musuh dan akhirnya seperti kata Sayyidina Ali kalau tidak silap yang mafhumnya kurang lebih berbunyi "Islam akan jatuh apabila ulama sudah tidak kenal kejahilan." Maka aku anjurkan tengoklah.
Orang Muar berpendapat memboikot barangan Belanda hanya akan meretakkankan lagi hubungan antara dunia Islam dengan Barat yang sedia rapuh. Sebaliknya dia berpendapat, banyakkan seminar-seminar atau program-program penerangan bagi menjelaskan isu filem Fitna.
Dalam usaha memboikot pula, aku menyokong boikot ke atas barangan Zionis. Tetapi diharapkan kajian teliti dijalankan dan bukti yang kukuh disediakan takut-takut tembakan tersasar.
Ketika isu kartun oleh akhbar Denmark aku teringat kepada salah satu entri blog seorang kawan sekolah yang menyatakan perasaan ummat Islam Denmark yang sedikit sebanyak terguris apabila produk negara mereka diboikot dan bendera negara mereka dibakar dalam demo-demo seantero dunia.
UMAT seperti UMNO dilanda sindrom kakak tua. Apabila seorang menyorak boo kepada Fitna semua sorak boo. Apabila seorang menghantar senarai barangan Belanda untuk diboikot dalam YM semua berangkai-rangkai menghantar benda yang sama. Tetapi marah itu tidak kekal lama dan akhirnya hilang lenyap dan dijadikan bahan humor pula oleh rancangan-rancangan seperti The Daily Show atau The Colbert Report.
Kita sememangnya mesti mengajar Geert Wilder dan menunjukkan kemarahan. Tetapi di sebalik kemarahan itu biarlah ada kerja yang dijalankan. Jadikan kemarahan itu sebagai motivasi atau pemacu untuk Islam lebih gemilang.
Sepatutnya ummat seluruh dunia harus mencontohi tindakan matang ummat Islam Eropah. Dutch Muslim Broadcasting Association menawarkan untuk menyiarkan filem itu dengan syarat Geert Wilders sanggup untuk berdebat tentang filem itu di akhir siaran. Tetapi dia menolak.
Orang Muar seperti biasa berteori bahawa Islam akan bangkit dari Eropah. Kita pernah dengar kata-kata seperti "Aku nampak Islam di Eropah tetapi tidak nampak muslim. Di sini, aku nampak muslim tetapi tidak nampak Islam." Persekitaran Eropah dari segi kemajuan pemikiran dan sistem mereka amat membantu. Sistem dan konsep Islam sudah ada baki lagi hanya aqidah dan ibadah yang perlu diIslamkan.
Inilah yang menjadi titik tolak kepada penerbitan filem Fitna. Fear.
People fear what they don’t understand.
Itu ialah kata-kata orang Kristian sendiri. Dialog seorang biskop Kristian Katolik mazhab Opus Dei dalam filem The Da Vinci Code.
Pun begitu, Belanda sendiri bukanlah sebuah negara Kristian yang tulen bahkan ialah antara sebuah negara yang paling sekular di Eropah Barat. Tidak hairanlah filem-seperti itu boleh diterbitkan. Pihak kerajaan Belanda tidak boleh berbuat apa-apa kerana kebebasan bersuara Geert Wilders dan filemnya itu dilindungi perlembagaan melainkan hanya dinyatakan kekesalan dan kutukan.
Tambahan pula Geert wilders sendiri ialah seorang pengkagum Zionis dan Israel. 40 kali menziarahi negara haram itu dan kuat pula hubungan dengan Mossad.
Dari segi kandungan filem itu pula, inilah akibatnya apabila Islam atau al-Qur’an itu dilihat atau diambil pada juzuk-juzuknya sahaja yang mana ramai orang tanah air sendiri yang beramal dengan cara ini. Apa yang aku hairan ialah, kalau Geert takut pada pertambahan ummat Islam di Eropah kenapa tidak dikaji, kenapa orang tetap mahu memeluk Islam. Banyak warga Eropah yang memeluk Islam bukannya calang-calang orangnya. Iaitu bukannya golongan yang tidak cerdik. Geert Wilders, kalau mahu kenal Islam jangan tengok aku, tetapi tengok Islam atau Qur’an tetapi tengok SEMUA.
Akhirnya, idea tidak boleh disekat. We must fight idea with idea. Seperti ulama-ulama silam yang tidak akan membakar kitab-kitab yang sesat sebaliknya mengarang kitab-kitab baru untuk menolak kitab sesat itu. Maka aku seru kepada penerbit-penerbit filem atau para pengarang hikayat. Terbitkanlah filem sebagai penerangan atau penolakan terhadap filem Fitna. Hentikanlah penerbitan filem mengarut seperti Sepet, Gubra, Mukhsin dan yang terbaru Akhirat yang diakui pula berunsurkan agama. (Aku menyeru orang kerana aku dapat tahu bahawa aku tidak berbakat setelah beberapa cubaan menulis cerita-cerita pendek hancur)
Ummah diminta matang tangani isu 'Fitna'
Fitnah Filem Fitna!
Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
Ketika tulisan ini ditulis pun sudah ramai nampakya membaca tulisan-tulisan ini daripada mereka yang lebih layak dan arif. Boleh bagi tahu siapa khatib yang mencabut pedang tu?
1 comment:
klip yg tunjuk khatib cabut pedang tu agak feymes gak. dlm dokumnetari keluaran FOX bertajuk 'Protocols of Zion' pun ada petik gak klip tu disamping ucapan Mahathir dlm muktamar OIC di Putrajaya. Khatib tu berkhutbah di Baghdad, Iraq berkhutbah bila amerika nk menjarah tanah tigris dan euphrates tu. tengok pd serban dan jubah, mcm org sunni...
aku pun rasa kita tak wajar boikot belanda sbb kerajaan dia sendiri kondem tindakan Wilders tu.
kdg2, bila bnda ni berlaku, org Islam mcm tindakan biasa mereka yg brsifat 'BERMUSIM'. mcm maulud jgk la. time maulud je la nk berselawat sedangkan ulama pernah berkata, zikir paling afdal adalah quran diikuti dgn selawat.
kdg2 org islam perlu juga reflect pendekatan dakwah yg mereka jalankan agar org tidak lari daripada Islam. cukupkah atau efisienkah kaedah dakwah kita terhadap non-muslim sampaikan mereka berani berbuat sebegitu?
"ini cabaran baru, cabaran kita hndak mendekati non-muslim (di Malaysia," kata Ust Nasaruddin Tantawi di RKB beberapa minggu lepas. amacam? jadi,para pendaie, bukalah mata luas2... jgn terlalu theoretical saja.
Post a Comment