Sunday, January 11, 2009

Gapura Hadrian

Sampai di sini, hari makin gelap. Melindung mentari yang tegak di kepala. Hari paling gelap. Hujan rintik-rintik bahasa.

Gerbang Hadrian dibina demi merayakan adventus atau ketibaan Maharaja Hadrian.

Pandangan dari Jalan Lysikratous dan Jalan Syngrou melintang di hadapan.

Hadrian yang tercatat dalam sejarah sebagai salah seorang daripada 'Lima Maharaja Baik' kelihatan disukai seluruh empayarnya dari Yunani sampai Yordania (Jordan) dengan banyak binaan yang memegang namanya seperti Arch of Hadrian, Hadrian's Library dan Hadrian's Wall. Binaan-binaan ini terbina kerana lawatannya ke tempat-tempat itu dan kesempatan Hadrian yang memerintah ketika pax romana (zaman aman damai) membolehkan projek-projek embangunan berjalan lancar.

Gerbang ini membahagikan antara kota purba Athena dengan kota baru.

Di sebelah kota purba mengadap Akropolis tertulis:
"Ini ialah Athena, kota purba Theseus"

Di sebelah kota baru mengadap kuil Zeus tertulis:
"Ini kota Hadrian, bukan kota Theseus"

Budaya ini deiteruskan sampai hari ini. Bila wakil rakyat datang melawat kawasan, JKKK akan kelam-kelibut membina pintu gerbang dekat jalan masuk ke kampung.

Anarki di Athina V


No comments: