Walking tour kami bermula di kawasan Thissio. Menyusur Jalan Adrianou yang kepalanya mengembalikan ingatan kepada Lorong Kulit, Georgetown. Penuh dengan jualan barangan antik dan terpakai.
Jalan Adrianou yang bisa menggamit para filatelis. Di tengah sampai ke hujung penuh dengan kedai-kedai makan gaya tipikal eropah.
Kemudian di Medan Monastriaki (Little Monastery) berdekatan stesen Metro melihat Masjid Tsisdarakis dan di sebelahnya...
...Kutubkhanah Hadrian.
Hanya propylon bergaya Corinthian di sebelah barat yang masih kekal molek. Kami cuba masuk kerana nampaknya percuma (hohoho) tetapi ada anjing penunggu pula di muka pagar yang asyik mahu mencium mesra. Anjing yang sama menemani kami sepanjang jalan pulang menyusuri Adrianou pada hari terakhir. Ketika orang kalut ribut menyelamatkan diri.
Pustaka awam yang dibina Hadrian dalam siri lawatannya mengelilingi empayar sendiri bukan sekadar itu. Juga menjadi tempat medan serbaguna untuk orang ramai dan pusat kebudayaan selain mengandung dewan-dewan syarahan.
Anarki di Athina III

No comments:
Post a Comment