Tuesday, March 31, 2009

Flora Athena

Entri ini aku tujukan khas untuk pembaca/penonton wanita blogku dengan ucapan

Bunga bukan sekuntum...

Lebah bukan seekor.

Anarki di Athina XIII


Monday, March 30, 2009

Hitler Masih Hidup?

Teori konspirasi mengatakan, Adolf Hitler tidak mati membunuh diri bersama Eva Braun di dalam Führerbunker pada jam 3.30 petang tanggal 30 April 1945. Tetapi sebaliknya berjaya meloloskan diri ke Sepanyol atau Argentina atau lebih melampau lagi ke Antartika. Pada tahun 90an, akhbar tabloid gosip hangat lagi sensasi Bacaria melaporkan Hitler berjaya meloloskan diri ke Indonesia, memeluk Islam, meneruskan hidup dan kemudian mati di sana. Kini, satu bukti telah ditemukan yang memansuhkan segala mitos di atas. Adolf Hitler meloloskan diri ke Timur Tengah, beranak-pinak di situ dan berjaya mendidik anaknya menjadi pakar sakit puan yang berjaya.


Sunday, March 29, 2009

Alman Çeşmesi

Mengadap Sultan Setambul IV

Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.

German Fountain

Air pancut yang dibina oleh Kaiser Wilhelm II sebagai hadiah kepada Sultan Abdulhamid II. Tanda ingatan lawatan baginda ke Setambul dua tahun sebelumnya. Kaiser ialah gelaran eksklusif untuk maharaja Jerman yang berasal dari kata ceaser.

Mengikut rekabentuk neo-byzantine, air pancut ini dibina di Jerman, dihantar bahagian demi bahagian dan dipasang di Setambul. Siling kubah ditutup dengan mozek emas dan dihiasi tughra Sultan Abdulhamid II berselang-seli dengan simbol 'W' Wilhelm II.

Lawatan Wilhelm ke Setambul ialah untuk memujuk sultan membina Landasan Keretapi Baghdad dengan biayaan Jerman. Pun, ejen perisikan sultan mendapati ahli kaji purba yang mengikut Wilhelm sebenarnya ialah ahli kaji bumi. Jerman sedang mengintai telaga minyak yang kaya di utara Iraq.

Dalam bahasa Turki, huruf C calit dibaca dengan bunyi huruf C dan huruf S calit dibaca dengan huruf Shin arab.

Saturday, March 28, 2009

Malikul Saleh


Malikul Saleh bolehlah diterjamahkan sebagai raja/pemerintah yang adil.

Maka kata wakil Umno UK, "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut." Dan boleh jadi ahli-ahli kelab Umno pun takut. Apa nak buat, ahli-ahli kelab Umno rambut panjang kalau tidak cacak, warna rambut pun blond, leher tersangkut rantai, tangan terikat gelang, pakai baju T kalau tidak ketat, seluar jeans kalau tidak carik. Budak-budak Pmram atas kepala ada kepiah kalau tidak lilit serban, kadang-kadang kepiah Azhar warna merah, bahu tersangkut selendang burdah, pakai sebai, jubah kalau tidak baju kumbang atau baju raihan.

Maaf tapi ini yang aku nampak sendiri, bukan yang orang cerita kat aku sebab aku mengaji di sini bukan di Southampton, Britain. Aku tak kata salah pakai jeans. Aku pun pakai cuma sekarang badan tak mengizinkan. Rambut panjang pun aku tak kata salah sebab rambut aku pun panjang kecuali bagian warna rambut aku kata tak eloklah. Ahli-ahli kelab mesti takut, takut dibetulkan mana yang salah. Pegawai-pegawai mesti takut, takut dipersoal buat kerja-kerja tak sepatut.

Pmram tertubuh 16 tahun sebelum Umno tertubuh. Pmram tertubuh di Mesir dan didaftar di bawah Kementerian Sosial/Kemasyarakatan Mesir dan tertakluk di bawah undang-undang republik itu. Setiap bulan, pimpinan Pmram mesti menghubungi amin daulah atau keamanan negara/ketua polis? atau dihubungi amin daulah untuk dilaporkan segala aktiviti. Kerajaan Mesir yang kasar dan keras menekan pembangkang sepatutnya sewaktu dengan kerajaan Umno Malaysia. Pun Pmram boleh lepas tak ada masalah dengan kerajaan tempatan. Oh aku lupa. Ada orang pergi lebih jauh samakan dengan zionis. Maaf lupa
.

Thursday, March 26, 2009

Jalan Pulang


Jangan tengok jalan orang lain. Jalan kita sendiri dah ada. Jalan orang lain nampak hijau/lawa pun jangan, yang penting/pikir jalan kita sendiri.

******** ****** *******


Suez Canal Tours yang pemandunya serupa sial. | Berhenti untuk kencing berak. Tak dapat letak matahari terbenam di tengah-tengah gambar macam yang bisasa dibuat orang sebab takut termasuk adik-adik comel sedang ke jamban. Tapi hasilnya nyata lebih baik. | Stesen elektrik atau radio di tengah tiada mana (nowhere). | Orang-orang ini tak pandai atau tak tahu nilai sekeping gambar yang candid atau yang aksinya natural bersahaja. Pantang terkesan lensa kamera, mesti mahu posing saja. Sama macam anak-anak muda sekarang yang tak faham seni. Mahu sesuatu yang raw action, brute force, stret to the point dan sudah malas lagi berfikir.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XXIII
Akhir | Tammat

Wednesday, March 25, 2009

Hari Internasional

what i learn so far

Pakaian kebangsaan Sudan. Wanita rantau itu memakai pakaian ala-ala sari yang berwarna ranggi tapi kain menutup kepala dan pusat. Sudan ialah sebuah negara Arab seperti Somalia.

Pelita ayam dari Benua Keling. Di belakang gambar Gandhi dan Nehru. Karom berasal dari India. Orang-orang India marah pada filem Slumdog Millionaire kerana hanya memaparkan sebahagan kecil India. Memusatkan tumpuan kepada kawasan setinggan. Muslim dan Hindu hidup aman tetapi rusuhan agama berlaku selang sedekad. Masing-masing nampak kurang jujur demi maruah negara.

Pengaruh Syiah di Tanah Melayu.

Mangsa salah faham dua tahun berturut. Saudara, ini tudung saji, bukan terendak. We use this to cover our food, not our head!

Tarian dari penuntut Chad -semua tarian dari rantau itu i.e Sudan, Somalia, Eritrea hampir sama- yang sekali-sekala menggiurkan semacam pole dance.

Orang-orang (Malaysia terutamanya) lebih suka melawat dan melepak di pondok negara sendiri yang menjadikan hadaf Hari Internasional kurang tercapai. Aku datang lewat dan budaya Timur Tengah memang membosankan kerana semuanya lebih kurang.

Tuesday, March 24, 2009

Tabung Sedekah Jariah

30 Tahun Revolusi Islami III

Tabung sedekah jariah begini boleh ditemukan setiap 300 hingga 600 m di sepanjang jalan di setiap bandar.

* * *

The weird people are those who say that I am normal and the weird people are those who never show their true self and those who normal people like you say that they are normal.

Sunday, March 22, 2009

Makan Gulai

Makan gulai Syed Faruk kahwin. Mapley ada tapi ponnu tak ada. Yang penting nak tengok ponnu. Kabarnya pakai niqob, mata macam Arab siap. Kabarnya lagi orang Kelantan. Syed Faruk dari titih keturunan Nabi. Mesti Sekufu. Entah Tok Seh mana yang dia jumpa di Kelantan.

Saturday, March 21, 2009

Anarki

Dalam jalan pulang ke rumah tumpang...

Anak-anak anarki mula mara.

Anarki ialah tiada kerajaan atau pihak berkuasa, keadaan tanpa undang-undang dan setiap individu punya kebebasan mutlak, tidak mengiktiraf penguasaan dalam sebarang bentuk, merdeka dari sebarang pemerintahan.

No photo! No photo, please. No photo.

Sambil melempar menyebar risalah yang maknanya entah apa.

Dan malam itu, dalam hujan rintik-rintik bahasa, Alexandros Grigoropoulos yang berumur lima belas, mati ditembak polis...

Anarki di Athina XII

* * *

Belakangan ini, aku asyik berkasar dengan orang-orang yang meninggal mesej dalam blog ini. Kalau orang lain husnu zhon, lapang dada, cuba faham -sepertimana aku selalu disuruh macam itu walaupun orang lain sebenarnya sama saja tak cukup husnu zhon sebab manusia memang kalau kena atas batang hidung orang lain tak apa tapi kalau kena atas batang hidung sendiri tak boleh- ketahuilah kan, dunia macam roda sekejap atas sekejap bawah dan iman turun naik walaupun setengah orang cukup tak suka alasan ni.


Thursday, March 19, 2009

Muhammad ‘Iwadh

Ini, aku korek dari loteng. Ditulis tiga tahun yang lalu. Waktu itu, otak masih tajam, bacaan pula masih luas. Sekejap saja masa yang perlu untuk jadi tumpul dan sempit. Dalam perjalanan balik kampung, kami jumpa seorang tua...

* * *


Muhammad ‘Iwadh sudah sedikit uzur. Badannya besar, bertongkat dan sedikit bongkok barangkali kerana sakit pinggang.

Dia seorang mahamil (peguam). Punya seorang sahabat di Kelantan bernama Muhammad Ghazali. Juga seorang mahamil. Mungkin sekali dia akan ke Kelantan atau Sarawak. Ziarah.

Dia sangka Kota Baharu bermaksud kota laut. Dia tanya negeri paling lawa di Malaysia. Dia tanya apa itu kuala.

Bila tahu namanya Tengku Kadir, dia tanya. Tahukah siapa ulama’ yang juga namanya Kadir. Tengku Kadir menjawab Syeikh Abdul Kadir Jailani. Katanya ada lagi. Abdul Kadir Al-Jaziri.

Ada anak kecil di tepi kami bermain melompat buas. Muhammad ‘Iwadh minta ditanya na
ma anak itu. Anak itu malu menjawab. Katanya Muhammad ‘Iwadh, dia juga punya cucu seperti itu. Muhammad ‘Iwadh mengajar, hafidh itu cucu. Anak kepada anakku.

Pesannya Muhammad ‘Iwadh tentang sifatnya Hudzaifah Al-Yamani

• Tidak merungut dengan musibah yang menim
pa
• Tidak mangadu jika ditimpa sakit

• Tidak mengangkat diri sendiri

100% berlawanan…

* * *

2006

2007

Dari tingkat sebelas menara tabung haji selepas selesai kelas Maulana Asri. Tak banyak beza, cuma Kota Bharu Trade Center tambah tinggi sikit.

Wednesday, March 18, 2009

Masjid Biru

Mengadap Sultan Setambul III

Aku cuak bila mula-mula tengok finial masjid-masjid Turki yang semuanya berwarna emas. Nampak macam gereja ortodoks. Finial masjid-masjid di tempat aku semuanya warna tembaga kalau tidak pun perak.

"Why do they call it Blue Mosque? I think they should call it Grey Mosque."

Moh kita ke dalam...

Inilah dia benda alah yang bertanggungjawab membirukan masjid ni sampai terlekat ke namanya.
Jubin-jubin dari buatan tangan dari Iznik.
Ada lebih 20000 keping semuanya dengan lebih 50 jenis corak bunga tulip.
Tiang-tiang yang besar gajah ini dipanggil kaki gajah.
Kami solat Jumaat di sini. Orang ramai sampai kena naik tingkat dua ikut tangga sempit gila.
Waktu solat cuak lagi. Apa teruk sangat sekular orang Turki sampai solat nampak macam ritual kosong.
Rukuk, sujud, salam semua serentak imam. Sudahlah dalam solat diam, tak ada bunyi ps ps ps ps. Amin pun tak kuat.
Sebab tu budak-budak ni kata Arep Latep kata aku nak tengok siapa yang amin kuat nanti hahahaha. Tapi fikir balik agaknya sebab mazhab Hanafi. Lepas solat, ada satu mamat tegur aku sebab letak tangan atas dada. 
Mimbar masjid ni tinggi Mimbar masjid Turki semua macam ni. Mimbar tu sendiri dan dinding mimbar tu. Sampai waktu berkhutbah, imam nak tenggelam. Karpet asal masjid ni dari sutera tapi Ayep sikit pun tak kagum. Katanya, macam masjid biasa.
Allah Kabulese