Wednesday, March 11, 2009

Rivalry

Kalau dibiarkan sendiri, Mesir sudah cukup banyak mitos sendiri. Ditambah dengan kebanjiran orang Melayu, makin banyak pulak mitos yang muncul malah yang ajaib-ajaib pulak sampai aku ingat nak karang buku bertajuk 'Mitos-mitos Mesir'. Orang mesti ingat buku pasal macamana Tutankhamun mati? Atau ke mana hilangnya Nefertiti? Atau siapa sebenarnya Akhenaten? Tapi sebenarnya buku pasal macam mana korang boleh mengelak daripada rheumatism dengan tak mandi seminggu bila baru sampai ke Mesir, atau waktu Perang Yom Kippur senjata nuklear digunakan atau orang Arab Mesir akan tersinggung kalau korang tutup pintu bila diorang lalu.

Gambar kat atas pun ada mitos sendiri, konon waktu ni salah satu pihak tengah berlumba-lumba siapa punya menara lagi tinggi.

Malangnya, siapa yang suburkan mitos macam ni kalau bukan orang-orang yang tak mendengar apa-apa lagu melainkan nasyid atau orang-orang yang bersungguh nak liberate Jerusalem. Oh bangkitlah. Tak payah bangkit dirikan khalifah, cukup dengan bangkit tengok alam keliling dulu sudahlah. Dah tahu kita hidup zaman fitnah. Tak usahlah memfoward mudah-mudah. Jangan sampai nak tembak Haifa tapi tertembak semenanjung Gaza.


3 comments:

ashraflatif said...

tak faham. terangkan boleh?

Otai Besar said...

My name is The Otai Besar and I approve this message.

mrsalqasam said...

Mitos = Khabar Maudhuk.

Banyak asbab periwayannya masyhur tetapi ditolak cerdik pandai Islam.

Mitos juga begitu.