Menangguh itu mencuri masa
Betapa aku penangguh. Untuk menggambarkannya, satu hari aku pulang dari kuliahan mengikut lorong yang biasa. Aku nampak anak kecil seorang diletakkan ibunya di tingkap sambil disuap makan. Aku fikir ini shot yang baik. Mantap lagi kalau sunting menjadi hitam putih. Tapi aku tangguh, tangguh dan tangguh, tangguh lagi, tangguh juga. Akhirnya sampai hari yang aku betul-betul bawa kamera, nah anak kecil itu sudah besar panjang. Dulu kakinya tak lepas pun birai tingkap, sekarang dah terjuntai. Jeriji tingkap di belakangnya itu pun sudah ada, dulu belum pasang.

Menunda amal kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik adalah tanda kebodohan.
Al-Hikam, Ibnu Ato'illah As-Sakandari
Agaknya orang-orang Nike pun baca Hikam. Just Do It!
No comments:
Post a Comment