Menurut Ust Hairul Nizam Mat Husin, bekas Presiden PMRAM yang juga seorang Minang, sepertimana yang didengarinya daripada seorang pelajar Azhar yang lain, kononnya bahasa Melayu yang asal ialah bahasa Minang. Walaupun kita sedia maklum bahawa kenyataan ini bakal menimbulkan kemarahan para pejuang dialek Johor-Riau, kita juga maklum bahawa perkataan bahasa Melayu yang benar-benar asli tanpa pinjaman dari mana-mana bahasa lain hanyalah tiga kata iaitu padi, babi dan besi.
Menurut sebuah forum yang disiarkan di stesen TV 11 Wilayah Yala, dialek yang dituturkan dari Besut di selatan hingga ke Menara (tak pasti) di utara termauk dalam satu kumpulan dialek yang besar dipanggil dialek Pattani. Bagi panel forum tersebut, dialek patani yang ditutur di Kelantan bunyinya terlalu hilir manakala yang dituturkan di utara terlalu hulu bunyinya. Yang sedap-sedap yang sedang-sedang elok ialah yang dituturkan oleh mereka di Pattani, sudah tentu kerana mereka sendiri orang Pattani.
Berikut ialah pengaruh-pengaruh bahasa luar di dalam dialek Kelantan yang aku dengari dan pelajari.
Bahasa Siam
Bersumberkan buku Kelantan Sosial dan Budaya terbitan DBP yang salah seorang penyumbangnya ialah Dr. Nik Safiah Karim.

- Cok - Cangkul
- Bo - Cukup
- Cewe - Ular
- Jo'ong - Mendung
Bahasa Arab
Bahasa Melayu dikayakan dengan perkataan Arab yang kebanyakannya berkait rapat dengan istilah-istilah Islam. Dalam dialek Kelantan, pengaruh bahasa Arab juga terdapat di luar bidang agama. Pun, kebanyakannya terkesan pada buah-buahan.

- Ghok - Ghabah - Hutan atau semak
- Jabik - Zabib - Anggur
- Topoh - Tuffah - Epal
- Niknak - Na'na' - Pudina
- Kawo - Qahwah - Kopi
Selain itu, bahasa klasik turut meninggalkan beberapa kesan dalam dialek Kelantan (atau sebaliknya) seperti pengunaan kata jendera. Pengaruh bahasa Inggeris wujud didalam dialek ini tetapi ti dak dapat dipastikan kesahihannya maka tidak disebut melainkan perkataan pasenjeng yang berasal daripada kata passenger yang digunakan secara meluas sejak dulu lagi.
Sebagai pengetahuan tambahan, dialek Kelantan dan Kedah hampir-ampir analogus. Beberapa istilah yang dipakai adalah sama tetapi disebut mengikut sebutan tempatan. Sebagai contoh kata serik yang bermaksud hujan sudah berhenti disebut di Kelantan sebagai seghek manakala di Kedah seghiat.
Jika ada saudara-saudari anak jati Kelantan yang ingin menambah atau menolak, dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment