30 Tahun Revolusi Islami I
Setelah aksi-aksi dramatik bagaikan bersa'ie dari Guburlak ke Bazargan, berjayalah kami lima bersaudara atau sekadar lima sekawan ke negara paksi kejahatan ni.
Setelah aksi-aksi dramatik bagaikan bersa'ie dari Guburlak ke Bazargan, berjayalah kami lima bersaudara atau sekadar lima sekawan ke negara paksi kejahatan ni.
Itu jawab Encik Kambiz, pilot Aeroflot yang kami jumpa atas bas bila ditanya apa makanan yang best di Iran. Akhirnya sepanjang di Iran kami asyik mengadap chelo kabab ni saja. Mungkin kami tak cukup explore atau makanan Iran memang tak banyak variety.
Chelo kabab ialah kabab daging yang panjang -kabab Iran, Turki dan Syam semuanya daripada daging hancur- dihidang bersama nasi beras basmati -di Iran hanya ada basmati- dan tomato panggang. Kuah pulak tak ada. Cuma ada seketul mentega yang dicairkan oleh nasi yang panas.
Waktu makan ni barulah orang-orang Iran mula bermesra. Nak pukul-pukul gambar, tawarkan ayran -rayeb. Awal-awal tadi agaknya masing-masing di negeri orang jadi perantau. Sekarang dah masuk Iran agaknya barulah terasa diri sendiri tuan rumah dan kami tetamu.
12 jam lagi kurang lebih, barulah sampai ke kotaraya Tehran. Muhammad hampir-hampir give up. Katanya nak saja dia cakap dekat pakcik drebar. Berhentilah pakcik, saya dah tak larat. Kurang lebih jam lapan suku atau setengah pagi, sampailah kami ke Terminal Azadi. Macam Puduraya kata Kak Firuz.
"Faris, why you wear like that? People will think you're from Afghan."
Ketibaan kami di Tehran disambut dengan salji. Salji pertama untuk tahun tu setelah 47 hari musim dingin mula, menurut akhbar The Tehran Times. Kata Phuong, you are so lucky. Masa baru-baru sampa, dia sendiri excited dengan salji tapi sekarang dia paling tak suka. Dia sampai dengan Taybeh -boleh jadi Taibah sebenarnya- kawannya dari Afghan selepas setengah jam kami telefon.
Kami sampai ke Iran di ambang sambutan 30 tahun revolusi Islam. Banyaklah bunting-bunting macam ini yang muncul. Dipaparkan pemimpin tertinggi Iran atau Leader of Islamic Revolution yang dulu dan sekarang. Agaknya Fajr yang tertulis tu maknanya revolusi tu bagaikan matahari yang menerbitkan sinar baru untuk Iran.
Atas bas bersungguh Phuong ajar kami. Here, the alif is not a but o. So Azadi is not a-za-di but o-zho-dhi. Bersungguh benar.
Dalam teksi kata Phuong kitorang lagi elok kalau datang dua tahun lepas. Sebab sejak dua tahun kelmarin, inflasi makin tinggi. Kata Phuong, here the people are all handsome and beautiful but they dont smile very much. They are friendly but inside they are not happy. Here, I dont see colors, everything is black.
Begitulah...
3 comments:
salam. haale shoma khube? hehehe/ pandai pun ye. sampai gak awak d sana. bgus tol ye awak ni. ingat sungguh apa phuong ckp. boleh quote lagi tu..fuyo! hehhe. dia tu mmg beria skit. hehehe
Khaili Khub!
Post a Comment