Friday, April 17, 2009

Yahudi dan (lemak) Babi



Aku pergi rumah Hazri. Aku tengok kole Kamal. Kole Juventus. Dzul kata lawa kole ni. Aku kata, alah ni mesti dia buat dengan tulang babi. Kami semua gelak.
Orang Melayu ada satu paranoia. Asal makanan sedap mesti ada lemak babi. Asal orang kaya, syarikat besar, sistem hebat mesti orang Yahudi atau dari Yahudi.
Maka, wujudlah kecenderungan untuk aku membuat kesimpulan. Yahudi ialah bangsa yang paling bagus, bijak dan perfek sementara babi ialah binatang yang paling berguna, serbaguna, sedap lagi lazat berkrim.

Sebagai respon/menyambut ini dan ini.

5 comments:

musafirtibbi said...

Haha,pemahaman yg unik dan twisted

Anonymous said...

Aku teringat kisah seorang ulama yang beli kasut kulit babi. Katanya, "Aku nak pakai dekat kaki, bukan nak balik buat makanan."

Untuk berkongsi ilmu, hanya mazhab Syafie mengharamkan babi secara mutlak, tapi bahkan ada ulama-ulama syafi'iah juga yang berpegang pada 'yang haram pada babi hanya dagingnya', dan menurut mereka, inilah yang lebih dekat dengan al-Quran.

Kalau orang offer kau kasut kulit babi, kau ambilkah? Huhu

Amermeftah said...

'Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu.'

Tapi kalo kasut yang dioffer tu memang dah lama aku taram, aku amek gak kot. Twisted tak?

Ada cikgu Tuisyen Dinamis, cikgu Mat Taib Sekolah Kota mengajar sains yang kuat umno tu penah cerita,

Ada satu muallaf cina ni hirup sup babi, pastu bila org tanya dia jawab: daging tokleh, kuoh takpo...

kitorang gelak, tapi apakah muallaf cina tu di pihak yg benar?

^km^l said...

en babi adalh seekor haiwan yg versatile..heh

dsrwcxf said...

kesian babi.
di-stereotype-kan oleh melayu.
gimifaiv