Wednesday, January 18, 2012

Muzium Agora Purba

Nasihat saya buat para wisata, kunjungilah muzium. Nama pun berdarmawisata, rugilah kalau berlibur tak dapat apa-apa.

Adapun selepas, bilik-bilik kedai pada Stoa of Attalos itu telah diubahsuai menjadi muzium yang mempamerkan barangan yang menunjukkan bagaimana sistem demokrasi purba di Athens berjalan selain barangan kehidupan seharian.

Kleroterion. Alat untuk mengundi atau memilih juri dalam mahkamah secara rawak, agar tak berlaku sebarang korupsi. Diperbuat daripada batu marmar sekitar kurun kedua sebelum Masihi.

Di sebelah kiri ialah Spartaaa~! Sebuah hoplon atau perisai bulat yang digunakan oleh askar Yunani. Ini asal dari Sparta yang muncul di sini sebagai harta rampasan perang sekitar tahun 425 sebelum Masihi. Dibuat daripada gangsa dan sudah berkarat hijau.

Di sebelah kanan ialah clepsydra atau jam air yang dipakai dalam mahkamah sekitar kurun kelima sebelum Masihi.

Kasut daripada tanah liat untuk upacara pengebumian seorang perempuan sekitar 900 tahun sebelum Masihi.

Semua di atas ialah permainan kanak-kanak yang ditemukan di kuburan kanak-kanak sekitar kurun keempat Masihi.

Alat seperti jaring jarang itu ialah untuk memanggang. Di sebelah kanan ialah pyxis atau cepu, cembul, senang-senang bekas daripada tanah liat.

Ini yang paling unik dan sensasi. aryballos atau botol minyak wangi berbentuk seorang olahragawan yang sedang berlutut dan mengikat reben kemenangan di kepala sekitar tahun 530 sebelum Masihi.

Anarki di Athina LX

No comments: