Friday, January 20, 2012

Tidur Dalam Masjid


Zaman tok-tok ayah kita dulu, sudah lazim anak-anak jantan tidak tidur di rumah. Semua tidur di surau. Kalau tok ayah aku, ikut mama cerita, sampai tengah-tengah malam borak-borak, hisap rokok dengan kawan-kawan dekat serambi langsung tidur di situ saja.

Ini merungkaikan misteri rumah lama Melayu yang biasanya hanya ada satu atau dua bilik saja pada rumah ibu walaupun mungkin anak-anak jantan tidur di ruang tamu sahaja.

Kalau orang jantan tidur di masjid itu perkara biasa. Harus dalam agama. Cuma sesetengah masjid melarang. Tak boleh salahkan orang masjid sebab takut kecurian tambah-tambah akhir zaman sekarang. Tapi susah juga kalau masjid berkunci untuk musafir lalu. Mujur masjid-masjid kita di tanah air ada anjung di keliling yang boleh juga para musafir menumpang teduh mengering peluh.

Kata Maulana Asri yang cuba mempopularkan mazhab Bukhari, bukan setakat orang jantan, kaum wanita pun boleh tidur di dalam masjid hatta ketika mari cemar pun. Tapi mestilah dijaga kotorannya agar tak tumpah ke lantai. Sebab ada hadith yang mengisahkan seorang hamba perempuan yang tinggal lama di Masjid Nabi.

Dalam mazhab Syafei, kaum wanita yang mari kotor boleh masuk ke masjid hanya sebagai laluan sahaja, antara dalil yang dipakai ialah ayat,

"O ye who believe! Draw not near unto prayer when ye are drunken, till ye know that which ye utter, nor when ye are polluted, save when journeying upon the road, till ye have bathed. And if ye be ill, or on a journey, or one of you cometh from the closet, or ye have touched women, and ye find not water, then go to high clean soil and rub your faces and your hands (therewith). Lo! Allah is Benign, Forgiving."
[4:43]

Tetapi ahli hadith mazhab Bukhari membuat hujah bahawa kalimah "عابرى سبيل" di dalam ayat bukan bermaksud laluan tetapi bermaksud orang yang bermusafir. Saya tidak cerat mana hujahnya tapi pada kalimah itulah. Allahu a'lam, tuan-tuan boleh tanya pada pandai-pandai agama di sekitar tuan atau klik di sini.

Apa yang menarik yang aku nak sangat tekan di sini ialah dalam perbincangan, didatangkan beberapa hadith yang melarang lelaki berjunub atau wanita berhaidh daripada memasuki masjid. Dalam hadith itu Nabi diriwayatkan memekik dengan setinggi-tinggi suara ketika melarang. Lamun, hadith ini lemah

Kebanyakan hadith-hadith yang menggambarkan Nabi dengan kasar dan melampau adalah lemah dan tidak boleh menjadi hujah. Kesimpulannya, bila-bila jika tuan-tuan terjumpa orang-orang yang mendakwa membela sunnah tapi kelakunya melampau nampak benor awal-awal lagi mereka tidak sunnah.

Pun begitu, Maulana Asri tidak menolak mentah-mentah hadith dhaif. Beliau masih menerimanya sekiranya sebagai menggalakkan amalan dan sebagai peringatan daripada melakukan maksiat.

Apa pun, sekali-sekala kalau ramai sangat nampaknya orang bergelimpangan di dalam masjid. Tak molek juga pemandangannya ...

No comments: