Perhatikan nombor empat Parsi yang seperti huruf hamza.
Pandangan sepanjang semenanjung Anadolu yang memutih bersih.
Salah satu hentian. Pepokok yang penuh sarang burung.
Boleh jadi istana Ishak Pasha tapi tak nampak menara.
Kami beli tiket hari Sabtu. Sorang kena USD 30 untuk perjalanan merentas semenanjung Anatolia dari hujung ke hujung langsung ke Tehran.
Syarikat bas Iran. Azad apa entah tapi memang perkataan azad tu cukup popular di Iran. Bolehlah tanya Kak (Untazah Pilihan) Firuz Akhtar. Oh ya, freedom kan maksud dia?
Isnin. Kumpul di depan syarikat tempat beli tiket. Paspot sorang-sorang kena kutip. Main ambik-ambik paspot yang tak sedap ni. Naik van bawak ke stesen bas.
Bas sudah mustaid tapi para penumpangnya belum. Lama tunggu tak sampai. Sempat lagi makan-makan di warung sandwich dalam stesen.
Sebelum jalan, paspot dibagi-bagi semula. Budak-budak ni sempat berkenalan dengan pakcik sekeluarga nak balik Iran. Apa nama lupa. Ali agaknya. Begitu sajalah namanya di Iran. Sikit konservatif orangnya. Penyokong kuat kerajaan.
Bas bergerak mulailah kami berkampung atas bas. Teruja naik jambatan Sultan Mehmet lintas Bosforus. Teruja tengok rumah-rumah di sebelah Asia. Kemudian bosan. Pemandangan putih. Salji, salji, salji ...
Sekali bas berhenti. Agak-agak rosak. Para perokok berpusu turun lepas gian. Tapi bas jalan lagi dan banyak pun berhenti. Tiap kali berhenti macam nak makan tapi macam mahal. Para perokok nak lepas gian dalam kedai segan takut kepam. Lepaslah di luar sejuk-sejuk pun.
Sekali bas berhenti. Kena tahan. Naik askar Turki dua orang besar-besar tinggi melangut. Tengok paspot. Agaknya dah nak sampai sempadan. Kalakian, nampak kubu lama atas puncak gunung yang memang banyak di timur Anadolu. Entah di Erzurum (Ardh al-Rum) atau Dogubeyazit.
Jalan terus lagi ...
2 comments:
laa itu ke nama erzurum huhu
itulah dia ...
Post a Comment