Showing posts with label Bahariyya Best. Show all posts
Showing posts with label Bahariyya Best. Show all posts

Sunday, November 23, 2008

Tugu-Tugu Allah di Bahariyya Siri Akhir

Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XIX

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Masing-masing mengekor ke Final Destination. Istilah yang sedikit disturbing.

Tiba-tiba jip rosak pula di tepi rumpun rumput ini. Terpaksa tukar drebar yang lebih pengalaman dengan jip gear yang tak mahu masuk.

Akhirnya sampai ke mata air panas yang namanya tak diketahui sekurang-kurangnya oleh aku.

Para pemandu sedang berehat di dalam pondok dan masih belum bosan berbual antara satu sama lain. Pakcik Abdullah yang nyata bosan keluar membetulkan urat saraf.

Pokok ajaib yang mengeluarkan bahan kraftangan berupa bakul dan kain serban sebagai buah.

Zaman moden, oasis tidak lagi menggunakan timba. Filter sepia menaikkan mood era revolusi perindustrian 1800an.

Pagar kebun orang-orang badwi. Kalau perasan, ada rumah di sebelah kanan. Semua rumah di kawasan oasis dibina daripada bata putih begitu.

Anak-anak badwi yang boleh jadi jakun sedikit.

Setelah terpengaruh dengan Encik Imad yang mengatakan mata air panas ini mujarab untuk macam-macam sakit, Dzul cuba merawat kakinya yang cedera dengan merendamkan kaki dalam air tersebut. Sebelum itu, Encik Imad cuba menggunakan taktik 'you jump I jump' tapi nak mampus agaknya Encik Imad ni, air tu panas gila.

Pun begitu, ada juga beberapa tempat yang tak sempat dikunjung. Antaranya yang menarik minat aku ialah Old Acacia Tree...

Apa pun Bahariyya memang best. Pergilah berlibur dengan ejen travel. Walaupun mahal, puas dan professional.

Selesai sudah...

Thursday, November 13, 2008

Tetamu di Bukit Kristal


Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XVIII

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Take only photos and leave only footprints and of course memories.

Bukit Kristal ialah sebuah bukit yang terbentuk daripada kristal atau seketul kristal besar yang membentuk sebuah bukit.

The whole thing is crystal (though some might look just like plain sand).

Kristal lagi...

Kristal juga...

Tajuk di atas ialah 'pun' kepada tajuk drama SN Usman Awang yang paling dikenali, 'Tetamu di Bukit Kenny'.

Inilah Bukit Kristal sepenuhnya. Somehow, I always thought that it looks like a coral reef especially the orange red part at the center.

Gambar akhir beramai-ramai menandakan rehlah nak sampai ke sudah.

Muhafazah New Valley pun mengucapkan selamat tinggal.

Sunday, November 09, 2008

Gurun Mawar - The Rose Desert

Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XVII

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Main kejar-kejar di tengah padang pasir.

Tiba-tiba sampai satu tempat, semua orang sudah macam tengah duduk di Muzdalifah. Tertunduk-tunduk kutip batu.

Sebenarnya batu yang dikutip ialah batu hitam seperti di atas. Batu yang kalau nasib baik dapat jumpa yang rupanya betul-betul macam bunga mawar. Dari situlah datangnya nama Gurun Mawar.

Allah lebih tahu macam mana ketul-ketul batu hitam halus-halus boleh datang ke situ yang batunya banyak warna putih. Apatah lagi macam mana bentuknya macam bunga Ros.

Apa pun banyak batu pelik-pelik di sini. Bo mesti suka. Pun begitu, batu-batu yang betul-betul cantik dan menyerupai mawar makin pupus sebab ramai pelancong datang kutip. Menurut kata En. Imad.


Sambung lagi dan tamat makin dekat.

Wednesday, November 05, 2008

Batu Ayam


Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XVI

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Pagi itu awal-awal ke kawasan batu ayam. Batu yang bentuknya semacam ayam sudah tentu. Anak-anak gadis sedang cuba sedaya-upaya mencari posing paling mantap sambil beramah-mesra dengan beberapa makcik dari Korea.

Masalah masih belum beralah. Tayar pancit. Usah bimbang, abang Taliban masih ada di sisi.

A Bird and a Tree. Sebagai yang dipanggil orang-orang putih.

Ini bukan tugu peringatan. Ini tugu mengingatkan. Mengingatkan kamu pada Tuhan. Orang-orang susah-payah dengan gah membina tugu sendiri dengan harap diingati. Sampai orang yang memandang takjub alpa. Sedang Tuhan memahat tuguNya sendiri bernama alam. Agar kamu bisa berfikir, berzikir dalam diam.


Kereta sosialis kata Dzul. Kerana warnanya merah.

Inilah budak-budak belakang yang dimaksudkan. Mau aku senaraikan nama setiap orang?

Wednesday, October 29, 2008

Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XV

"One more Captain Holiday! Just one more job!"
"Okay Hassan! For this one job we'll be right behind you!"

^ ^ ^

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Pagi itu, kami bersarapan sandwic daging cincang di hadapan...

...tandas wanita.

Tempat peraduan anak-anak jantan.

Kemudian masalah menimpa. Jip nomor enam tidak bisa dihidupkan karena baterinya habis dipakai untuk lampu semalaman. Tapi tak mengapa, abang Taliban to the rescue.

Abang Taliban ialah pemandu jip untuk rombongan lain yang berkhemah sepelaung dari kami.

Setelah menarik dan menolak serentak, jip panduan pakcik Abdullah pun hidup kembali...

...dan kami pun tinggalkan tapak khemah.

^ ^ ^

A joke that might be heard at Paediatrics Final Exam in Egypt

Student A: Do you bring any candy?
Student B: No, but I bring money.

Tuesday, October 21, 2008

Alek Naik

Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XIV

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Gambar mahal.

Sebab terbit bintang kejora.

Waktu ini bateri dah nak habis.

Kalau perasan, ada tiga makhluk manusia atas ketul batu sebelah kiri.
Dzul, Yasser dan Akram.


Kimi ga Yo wa~
Chiyo ni Yachiyo ni
~
Sazare-Ishi no~
Iwao to Nari-te
~
Koke no Musu made
~

Ada juga yang kerinan bersubuh gajah. Pun, kefardhuan tetap tertunai walau berqadha.

* * *

Eid telah tamat dari segi jasmani. Lamun, dari segi rohani (spiritual), eid tetap berjalan.
Sejak orang-orang yang mula puasa enam pada raya kedua beraya, radio-radio telah mula memutarkan lafaz-lafaz talbiah, memancarkan kuliah-kuliah haji.


Monday, September 15, 2008

Tugu-tugu Allah di Bahariyya XIII

Malam memanglah kelemahan aku yang sedia tahu. Kalau ada gambar-gambar yang kabur, anggaplah itu dari alam mimpi.

Saat sebahagian orang mahu tidur itu, bulan pun mulailah terbit.

Bulan terbit segalah. Hasil meneman orang kencing. Barulah tahu rahsia memukul gambar malam ialah dengan menutup flash tapi kamera harus dipastikan pegun.

Cubaan memukul gambar bintang-bintang.
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Anak-anak gadis masih ramai yang tidak tidur, hingar bermain 'Mafia and Villager'. Seorang dua musyrif turut serta setelah dijemput main bersama.

Anak-anak gadis yang siqah melihat sahaja di tepi. Memantau?

Para pemandu juga, masih belum tidur. Berborak-borak sambil mencicip kopi Arab dari cawan-cawan halus. Encik Emad tiba-tiba menerima panggilan telefon di tengah gurun itu. Dzul tanya guna khidmat talian mana? Encik Emad kata Mobinil. Katanya lagi, Mobinil syarikat besar, telan Vodafone. Vodafone pula telan Etisalat, syarikat baru.

Merah putih bintang dua belas.


Bulan hampir tegak di atas kepala. Encik Emad berkata kalian bernasib baik. Cuaca malam ini bagus. Dua tiga hari lepas ribut dan berkabut.