Showing posts with label PRU XII. Show all posts
Showing posts with label PRU XII. Show all posts

Tuesday, March 25, 2008

The Bright Rainbow

Ingatkah lagi kekaguman aku terhadap kegagahan rakyat Terengganu?

Ramai orang menyangka, kerana kami berkongsi laut yang sama maka rakyat Kelantan dan Terengganu juga sama. Yang membawa kepada ketakjuban ramai dalam keputusan pilihanraya lalu. Ketahuilah bahawasanya kami tidak sama apa lagi serupa. Malah sekali-sekala tidak berlaga. Sob, anak seorang Penghulu di Terengganu bila ditanya, "Orang Kelantan dengan Terengganu sama kan?", dengan pantas menoleh dan menjawab ringkas tanpa berkira-kira panjang, "Tak."

Aku tinggal bersama-sama dengan seorang Tengku Terengganu. Walaupun susur galurnya membawa kepada Sultan Singapura, tetapi keturunan mereka memang dari sana. Semua maklum Terengganu kini dilanda situasi yang bagaikan 'mengata dulang paku serpih, mengata Perak Terengganu yang lebih' menurut kata Tuan Hazri Tuan Mat (boleh jadi sedang memperjuangkan kemerdekaan Besut?) 

Orang Muar pula tiba-tiba merasa sayu dengan nasib rakyat Terengganu yang hanya bermula dengan perkampungan nelayan dan kini sebagai negeri pengeluar emas hitam. Malangnya, setelah emas dikhabarkan orang bakal habis digali, setitik pun tidak jatuh ke tangan rakyat. Sia-sia. Kerana itulah orang Muar berasa sayu dan asyik melaung-laungkan Pilihanraya Semula! Pilihanraya Semula!

Ketika itu pula, aku asyik katakan. Isytiharkan saja satu civil war antara golongan Royalists dan Parliamentarians.



 Putih lambang raja dan hitam lambang rakyat. Lihatlah lingkaran putih yang mengelilingi tanah hitam menunjukkan raja memberikan perlindungan kepada seluruh rakyat. Raja kini SEDANG melindungi rakyat. Kerana rakyat setitik pun tidak dapat manfaat.

 Baru-baru ini pula Bhutan menamatkan pemerintahan beraja mutlak setelah seabad dengan pilihanraya demokratik pertama atas permintaan rajanya sendiri yang berpendidikan Oxford. Menarik. Nak juga tahu apakah DPT yang menang besar sudahnya sama dengan BN?



Inilah raja saya. Tiga dari kiri bermisai tebal. Bengis kan? Macam kepala lanun. Ampun Tuanku! Daulat.  Sekarang barulah nampak sikit macam mana raja ni sebenarnya payung rakyat/negara/perlembagaan.

May he defend our laws~
And ever give us cause~
To sing with heart and voice~
God save the king~

Monday, March 17, 2008

Iustitia Omnibus

   

Justice is not equality.





Justice is putting something at its place.



But then again, definitely, justice is not equality.


Sunday, March 16, 2008

Mandat dari Syurga

Kuasa Rakyat, Kuasa Tuhan.


Mandat dari Syurga ialah konsep kedaulatan maharaja-mahajara China. Mandat dari Syurga tiada batasan masa melainkan berhajat kepada prestasi pemerintah. Bila rakyat mula menentang kerajaan atau rakyat mula memberontak, itu menunjukkan tuhan sudah meninggalkan kerajaan itu. Begitu juga jika kerajaan diperintah oleh pemerintah yang buruk atau pemerintah mula menyalahguna kuasa, tuhan akan mengambil kembali mandat itu dan menyerahkannya kepada orang lain. Kemarau dan banjir yang teruk juga menunjukkan tuhan telah meninggalkan kerajaan.

Sekali lagi,
Suara Rakyat, Suara Keramat
Kuasa Rakyat, Kuasa Tuhan


Wednesday, March 12, 2008

Sampah masyarakat



Sebelum PRU, kita boikot mereka.


Ketika PRU kita muak dengan mereka. Nak muntah!


Alih-alih lepas PRU, kita termakan dengan berits-berita (sila baca hasutan) mereka?

Mereka tidak pernah dan tidak akan insaf (sekurang-kurangnya seperti bekas menteri mereka?) Mari saya ingatkan. Selagi tiada kebebasan media, mereka ialah sampah masyarakat. Sampah.

Dulu.


Kini.


Selamanya...

Tuesday, March 11, 2008

Keramat Rakyat

Perasaan saat mengetahui keputusan pilihanraya baru-baru ini ialah seperti melihat Palace of Westminster diletupkan lewat filem V for Vendetta.




Rakyat Terengganu nyata lebih gedebe (sila baca radikal) berbanding kami di Kelantan. Aku sangat kagum (sila baca respek) kepada pakcik yang berada di hadapan sekali mendahalui orang lain itu. Menyerupai Tank Man dalam siri-siri Tiananmen Square protests. Seorang diri berhadapan dengan kuasa besar.

Sekali gus mengingatkan aku kepada Haji Abdul Rahman Limbong dan demosntrasi rakyat di Kuala Brang tahun 1928 dulu.

Makkal Sakhti!
(tak ada kena mengena dengan Sakhti's Flour Mill yang mengeluarkan serbuk kari Alagappa's)


Saturday, March 08, 2008

Ayat-ayat Menang

"...pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."


"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

Menang memang susah...

* * *

...mengisi kemenangan lebih susah.

'Hannibal, know how to gain a victory but not know how to use it.'

Maharbal

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat



Friday, March 07, 2008

Pesanan...

...Tok Guru,

Banyakkan berzikir membaca surah Al-Fiil bermula malam ini sehingga terbit keputusan malam esok.


"Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat."


Harapan






Ya Allah kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dalam menegakkan agamamu, sesungguhnya kami tak terdaya. Maka kami berserah padaMu untuk bantu kami menegakkan agamaMu...

Tuesday, March 04, 2008

Malaysia Darul Polis

Jangan jadi begini...


Malaysia Darul Polis


Sabah Negeri di Bawah Polis


Sarawak Bumi Polis


Negara Polis = Negara Fasis


Berkibar Sang Saka Biru~

Saturday, March 01, 2008

Kenapa? Tarak Percaya ka?

Ripley's Believe It or Not!


Pelik tetapi Benar
Rasuah


Tahukah Anda?
Perhimpunan


Ripley's Believe It or Not!
Pengundi hantu. Muda-muda dah meninggal... Jadi hantu.


Pelik tetapi Benar
Peluru hidup


Tahukah Anda?
Spesis sebenar wakil rakyat


Ripley's Believe It or Not!
Jet peribadi


Pelik tetapi Benar
Syarat kelayakan PM Malaysia

Kenapa? Tak percaya ka? Percayalaaa...

Thursday, February 28, 2008

Tuesday, February 26, 2008

Bukalah Hati Nilailah Diri


Anda tidak sedungu itu...


Juga tidak semurah itu...